Wuduk, mandi dan permasalahannya

  • assalamualaikum tuan2 guru..
    saya musykil bab2 haid dan ia tiada dalam ruangan nie. saya ingin bertanya jika datang darah haid bagi wanita cuma 7 hari dan tak datang dalam beberapa hari lepas itu datang semula darah. adakah itu darah haid atau istihadah yg membolehkan wanita itu solat. selalunya wanita kalau ada darah dia terus tak solat bagi yg kurang pengegetahuan agama. harap tuk2 guru dapat uraikan dgn detail bab2 haid2 nie kerna susah utk dapatkan informasi

  • Assalamua'laikom Ustaz

    1. Bagaimana jika laluan dari tempat wuduk ke tempat solat terdapat air kotor hasil dari kesan laluan orang yg mengambil wuduk ke tempat solat ataupun kesan laluan dari orang yg keluar dari tandas ke tempat berwuduk yg berdekatan dengan pintu keluar ke tempat solat contoh Seperti Di Masjid Negeri Shah Alam.

  • 1.apa hukum ambil wudhu dalam tandas
    2.menyebut nama Allah,
    3.baca quran
    sila beri sumber dan nas

  • i. Saya ingin mendapatkan keterangan yang rajih mengenai syarat syarat sah wuduk hanya dengan menyapu kasut ( sebagai isyarat mencuci kaki).

    ii. Adakah syarat 2 termasuk.
    -i kasut mesti kasut kulit.
    -telah menjadi kelaziman mengekalkan wuduk
    Sekian terima kasih.

  • Assalamualaikum Tuan Panel.

    Tempoh hari lalu, ahli panel sudah menjelaskan mengenai mandi wiladah dan nifas. Yang memusykilkan saya ialah fatwa dari Kerajaan Brunei yang mengatakan seseorang yang baru melahirkan anak WAJIB MANDI WILADAH DAN NIFAS SERENTAK... untuk kepastian saya turunkan petikan fatwa tersebut.. mungkin saya tersilap faham.......

  • Adakah keputihan itu satu penyakit dan sahkah jika dibawa solat...? dan apa bezanya air mazi & air mani...???

  • Assalammu'alaikum.
    Menurut Mazhab Syafie, apakah dalil hadith & Quran, mengenai batalnya wuduk bila tersentuh isteri sendiri? JazakAllah...

  • Assalamualaikum.

    1) Adakah sah wudhu' seseorang itu sekiranya dia mengambil wudhu' selepas memakai minyak rambut yg berasaskan minyak spt Brilecream / minyak zaitun / minyak kelapa dsb? bagaimana pula jika dia memakai minyak atar di lengan yg merupakan sebahagian dari anggota wudhu'? Setahu saya minyak itu menghalang air daripada mengenai kulit tetapi ada juga riwayat yg mengatakan bahawa Nabi Muhammad menyuruh sahabat memakai minyak pada rambut supaya tampak kemas. Sila beri penjelasan beserta pandangan mazhab dlm hal ini.

  • Minta maaf Ustaz. Cuma hendak penerangan lanjut mengenai SJ-1772: [U] Fiqh_Syafi'iy bab Batal Wuduk.

    Bagaimana dgn pandangan jumhur mengenai hadith ini? Bagaimana dengan pendapat yg menyatakan sentuhan itu kiasan dari jima'? Adakah ianya shahih? Bolehkah saya berpegang dgn pendapat ini yg menyatakan tidak perlu wudhu' jika sentuh tanpa rasa syahwat?

    Jazakallah.

  • Assalamu'alaikum!
    Ustaz, ada pendapat yang mengatakan makruh merenjiskan /mengelap lebihan air wudhu' daripada anggota wudhu' selepas mengambil wudhu'. Adakah dalil tentang ini?