July 2002

SJ-1686: Mandi Hadas (2)

Saya memahami bahawa sekiranya kita telah mandi hadas maka kita tidak perlu lagi mengambil wudhu.
Soalan saya, sekiranya semasa mandi hadas itu kita berhadas kecil (kencing/kentut) atau memegang qubul/dubur. Perlukah kita mengambil wudhu sekali lagi sekiranya kita akan bersolat kemudiannya? Terima kasih

SJ-1684: Mandi hadas

Assalamua'laikum
Seseorang mandi hadas menggunakan air yg ditakung pada baldi atau besen besar. Apabila menjirus air ke badan maka akan terpercik sebahagian air yg telah digunakan buat mandi hadas itu ke dalam bekas takungan itu. Adakah air yang masih ada di dalam bekas itu masih di kira air mutlak atau ianya telah menjadi air musta'mal? Bolehkah kita mandi hadas menggunakan air musta'mal?

SJ-1679: Percutian cruise

Saya inginkan penjelasan apakah hukumnya jika saya menjalani percutian diatas cruise yg belayar di lautan, sedangkan saya telah sedia tahu di atas cruise tu banyak benda benda mungkar seperti berjudi dan Arak. Adakah saya dikira bersyubahat dan diharapkan penjelasan sewajarnya
Terima Kasih

SJ-1676: taufik dan hidayat

saya ingin mendapatkan definasi apakah yang dikatakan taufik dan hidayat. Tujuannya untuk menilai samaada saya telah mendapat kedua duanya atau pun belum. saya harapkan penerangan ustaz beserta contoh contohnya.. Umpamanya saya nak solat isyak dimasjid, tetapi bila start kereta tak hidup atau tayar bocor..adakah ini dikatakan tiada taufik dari Allah?
Sekian terima Kasih

SJ-1678: Membatalkan Solat

Assalamualaikum wbt.
Persolan saya kali ini berkenaan membatalkan solat secara sengaja.
1. bolehkah saya membatalkan/memberhentikan solat saya ( sedang solat dirumah) dan di hadapan saya, anak saya yang masih bayi ( umur 15 bulan) sedang memanjat dan sekiranya dibiarkan berkemungkinan dia kan terjatuh dan mendatangkan kecederaan kepadanya.
2. Apakah panduan 2 lain yang membolehkan seseorang itu membatalkan /memberhentikan solat ( tak kiralah samada solat itu yg wajib atau pun yang sunat )

Sekian terima kasih :shocked:

SJ-1675: Konsep Maaf

Assalamualaikum, Ustaz,
Terima kasih kerana menjawab soalan saya yang lalu "Suami, Isteri & Poligami" walaupun jawapannya bagai tidak menepati soalan saya. Tapi tidak mengapalah. Di sini ingin saya bertanya tentang konsep maaf di dalam Islam.
Kita dituntut sentiasa bermaafan sesama Islam. Saya bagi contoh permasalahan :

SJ-1674: Ayat seribu dinar.....

    Ustaz..... kita lihat dimana-mana kedai islam dan rumah2 banyak tergantung ayat-ayat Quran terutama ayat Seribu Dinar... Bolehkah ustaz terangkan keistimewaan ayat itu sehingga ianya dijadikan perhiasan dimana-mana...

    Jika ayat itu hanya digantung untuk hiasan dan orang-orang didalamnya tidak pun menghafal atau mengamalkannya bagaimana????....

    Bagaimana pula kepercayaan setengah2 orang yg mengatakan jika kita gantung ayat itu kita akan menjadi kaya dan rezki akan murah......