July 2002

SJ-1651 : Mohon Penjelasan.& Mudahnya Islam

Assalamu'alaikum

Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur. (QS. 2:185)

Dari ayat diatas - kalau seseorang itu tidak tahu tentang sesuatu hukum/hakam yang lebih luas dan beribadah mengikut yang dia tahu (sempit), adakah ada kemudahan baginya ?

contoh:-
Bagaimana dengan orang yang tidak mengetahui syarat2 sah wuduk kemudian sekian lama, mengetahuinya, bagaimana solat2 nya, kena qadoke ?

SJ-1649: Kaifiat berdo'a (Imam)

Assalaamu'alaikum

Bolehkah imam berdoa dengan kuat ? (tak lah seperti menjerit2). Apakah erti ayat (dibawah) "dengan suara yang lembut" itu bererti - suara yang perlahan atau tidak nyaring ? Rata-rata orang mempertikainya. Bagaimana seperti imam2 Mekah? (kuatke ? nyaringke? lembutke ?)
- Contoh, seperti mengganggu orang2 yng bersolat lewat/sunat ?

Berdo'alah kepada Rabbmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. (QS. 7:55)

Jazakallah

SJ-1649: Solat (cara nak berimam)

Assalamualiakum,

Dalam masalah seorang yang ingin berimamkan seorang yang lain yang sedang bersolat, apakah kaedahnya serta apakah pendapat yang lebih afdal samaada perlu bertakbir sekadar didengari oleh orang yang ingin dijadikan imam atau perlu bertakbir kemudian menepuk perlahan ke bahunya. Terima Kasih

SJ-1652: Lendir Dan Kentut Dalam Sembahyang serta was-was

Assalamua'laikom,

1. Saya mengalami masalah resdung dimana seringkali lendir mengalir ke anak tekak melalui rongga hidung. Oleh itu bila setiap kali saya solat saya terpaksa berhenti seketika untuk meludah lendir tersebut ke sapu tangan. Ini menjadikan setiap kali saya solat saya telah melakukan pergerakkan di samping peluang untuk mendapatkan khusyuk solat tiada langsung. Apakah solat yang saya lakukan itu sah? tidak sah? atau makruh?.

SJ-1647: Marriage

Assallamualaikum,
Adalah menjadi adat serta adap org. Melayu untuk menjalankan "arranged marriages" atas dasar ingin berbesan, kenalan keluarga dsb. Namun apa yang mengecewakan adalah kekeliruan umat Islam melayu bahawa menentukan jodoh terutamanya kaum wanita yang menjadi mangsa. Ada beberapa prinsip Syafi'iy yang saya rasa mereka lupa untuk pegang dalam hal ini.

SJ-1646: Salah Bacaan

1. sahkah solat saya jika ketika saya hendak memberi salam yg kedua tiba2 saya perasan sebutan salam saya yg pertama tak betul dan saya ulang semula memberi salam pertama tadi?

2. adakah sebutan "bismillahhirrahmaa-nirrahim" sama maksud dengan "bismillahhirrahman-nirrahhim" begitu juga "assala-mua'laikum" dengan "assalam-mua'laikom"?

3. Adakah dibolehkan membaca niat solat tanpa perkataan "tunai" begitu juga solat ganti tanpa perkataan "qadha"?