July 2002

SJ-1663: Solat Jamak & Qasar

1. Bolehkah kita melakukan solat jamak Zhohor & Asar dengan melakukan solat qasar (2 rakaat) pada solat Asar sahaja tapi solat Zhohor 4 rakaat & sebaliknya?
2. Bolehkan kita melakukan solat jamak & qasar mengikut imam yang solat tamam (eg. solat Zhohor 4 rakaat berjemaah dengan imam yang solat tamam bila masuk waktunya dimasjid & kemudian, setelah selesai, kita bangun melakukan solat Asar qasar 2 rakaat sendirian)? Bagaimana pula kalau kita, setelah selesai berjemaah, bangun semula & melakukan solat Asar tanpa qasar?

SJ-1661: Sitrah Solat

Assalamualaikum,

Ingin bertanya mengenai cara bersolat di masjid cthnya bila kita bersolat sendirian di sekeliling kawasannya kalau tak silap saya perlu kita letakkan sesuatu halangan didepan sedikit tempat sujud agar menanda tempat sujud cthnya tongkat, kain dsb supaya jangan dilalui orang. Apakah dalilnya and kaedahmya. Terima Kasih

SJ-1659: hukum pewarna rambut dan fiqh tarjih

Assalamualaikum :
1. Hukum mewarnakan rambut dengan pewarna rambut yang ada di pasaran sekarang
2. hukum perkahwinan khunsa adakah sah, sama ada khunsa mengahwini lelaki atau perempuan.
3. Bagaimana dengan masalah tarjih yang berbeza pada satu-satu masalah. Maksudnya pada satu masalah khilafiah ada beberapa tarjih yang berbeza daripada beberapa pertarjih. Bagaimana boleh berlaku masalah seperti ini.

SJ-1655 : Memilih Pemimpin.

Assalamu'alaikum...
Bagaimanakah cara yang dituntut dalam islam untuk memilih pemimpin dikalangan kita?Adakah dengan melihat isteri calon pemimpin tersebut tidak menutup aurat bermakna tidak boleh mengangkat menjadi pemimpin?Minta penjelasan ustaz dengan lebih lanjut lagi.
Terima kasih...