July 2002

SJ-1643: Uzur dan keliru....

Asalammualaikum...
Ustaz... Ibu telah berusia 83 tahun...dia tidak berdaya lagi hendak solat berdiri...lututnya sakit... Saya ajar Ibu solat sambil duduk...Ibu tidak boleh ingat bacaan dan rakaat2 solat duduk.. Ibu keliru.. untuk pengetahuan ustaz..Ibu pernah jatuh sakit sampai keperingat lupa ingatan.. Sebelum sakit ibu mengajar mengaji dan boleh membaca Quran... tapi sekarang tidak boleh lagi.... Ibu hanya hafal ayat2 yang pendek..itupun ingat2 lupa...

SJ-1641: Perbandingan Mazhab & Fikrah Al-Ahkam

Assalamualaikum wbt.
Saya mempunyai kemusykilan mengenai dengan Fikrah Al-Ahkam ini, iaitu :-
Para panelis di sini menggunakan method perbandingan mazhab di dalam mengemukakan jawapan-jawapan fekah, persoalannya ustaz :

(01)- Bukankah lebih baik dijawab dengan mengemukakan satu mazhab sahaja, kerana ianya tidak memeningkan para pengunjung Al-Ahkam ini ?.

SJ-1639: Kongsi air minuman

Assalamualaikum....
Adakah boleh berkongsi air minuman satu gelas atau satu straw dengan kawan perempuan (bukan muhrim) ? Pasal ada ustaz mengatakan tidak mengapa kerana air liur bukan aurat kalu tak silap saya lah. Mungkin soalan pernah ditanya tapi saya mencarinya tapi tak jumpa. Minta tolong kalau boleh jawab kembali.