August 2002

SJ - 1784 : MASALAH UPACARA PERKAHWINAN

Assalamualaikum.....

Ingin bertanya lagi .....

Bagaimanakah cara yg sebaiknya dalam melakukan upacara perkahwinan mengikut Islam....

Apakah tips-tips nasihat untuk tidak menyinggung perasaan ibu bapa dan masyarakat dalam upacara perkahwinan yg ada melibatkan bida;ah dan pembaziran sedangkan keluarga dan masyarkat kita masih berpegang kepada adat.

SJ-1785: Ahli Kitab Bah 3

Assalamualaikum,

Unjuran daripada jawapan mengenai kedudukan ahli Kitab, soalan seterusnya adalah apa hukumnya keatas mereka dan bagaimanakah kronologi peristiwa dan nas dalam Al-Quran dan Hadith menghendaki Nasrani dan Yahudi mengikut seruan Muhamad SAW kepada Jalan Yang Lurus seterusnya mendukung Islam dan meninggalkan ajaran Kitab Injil and Taurat.

SJ-1780: (Samb. SJ-1763) Lagi ahli kitab

ASSALAMU'ALAIKUM,
Pertama sekali saya ingin memohon maaf jika soalan ini agak pelik bagi ahli panel. Menurut penjelasan ahli panel dalam SJ-1763 tentang ahli kitab itu memang cukup detail.
Soalan saya:
1. adakah golongan ahli kitab ini statusnya kafir di sisi Allah SWT. Saya pernah dengar yg ahli kitab ni tidak KAFIR disisi Allah tetapi KAFIR disisi Nabi Muhammad SAW.
2. Ada juga pendapat yg mengatakan bahawa ahli kitab TIDAK KAFIR kerana menyembah Allah, hanya pemeluk agama budaya (Cina, Hindu) sahaja KAFIR.

SJ-1781: Fidyah puasa wanita hamil

Assalamualaikum Wmt Wkt tuan panel Ahkam

Wanita mengandung yang ada penyakit gastrik yang berbuka puasa di bulan Ramadhan, tetapi tidak pasti adakah dia berbuka untuk keselamatan anaknya atau dirinya. Bagaimana cara bayar fidyahnya. Adakah perlu qada~ sahaja atau kedua-duanya?

SJ - 1775 : UPACARA KEMATIAN

Assalamualikum....

Mungkin soalan nie tak berkaitan dgn feqh kot...tapi saya cuma ingin bertanya...kalu ustaz sudi jawap lah....
dari mana rujukan yg org melayu kita dapat semasa melangkah keluar masjid atau surau selepas menyembangkan jenazah kita membaca al-fatihah sebanyak tujuh kali / tujuh langkah. Pasal saya penah dgr ceramah ustaz tersebut pun tidak tahu dari mana rujukan tersebut dan beliau juga ingin mengetahuinya jika ada sesiapa yg tahu.