August 2002

SJ - 1792 : BEZA AGAMA-AGAMA PARA ANBIYA ' ( A.S )

Assalamu'alaikum Wbt Tuan - Tuan Panel sekalian ;

Soalan yang berkaitan dengan soalan saya yang lalu, iaitu masih berkisar mengenai diskusi di antara Islam - Kristian ; Apakah perbezaan di antara agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan Nabi-Nabi a.s sebelumnya ?.

Harap mendapat penjelasan sebaik-baiknya.

Terima Kasih
Wassalam

SJ - 1791 : JESUS ATAUPUN NABI ISA A.S ?

Assalamualaikum tuan-tuan ahli panel sekalian,

Saya sering terbaca di dalam beberapa siri perbincangan mengenai Islam dengan Kristian. Dan kemusykilan saya ialah : Adakah “Jesus” dan “Nabi Isa a.s” itu individu yang sama ?.

Terima Kasih.

Wassalam wbt.

SJ-1795: Najis anjing di jalanan

Assalamu'alaikum wbt...

Saya ada terbaca dalam kitab feqh syafi'e (tak ingat namanya) mengatakan sekiranya ada najis mughallazah di jalanan dan ketika itu hujan dan terkena percikan hujan yang terkena najis ke seluar kita, maka perlu samak dan tidak dimaafkan seperti najis2 yang lain...

Adakah pendapat ini sahih dan kuat? Sekiranya benar, amatlah sukar bagi kami yang tinggal di Eropah yang mana selalu hujan dan tahi anjing ada di merata2 tempat di jalanan. Boleh tak kami ambil pendapat mazhab lain yang tidak memaafkan perkara ini? Sekian, terima kasih... wassalam

SJ-1790: Solat Jama'ah: Imam batal

Assalamualaikum WarahMatulLah

Apakah sah sembahyang makmum jika Imam melakukan apa2 perbuatan yang tidak sah sembahyangnya (tanpa pengetahuan makmum)? Satu contoh yang dapat saya lihat ialah - waktu bacaan sir, katakanlah imam itu salah bacaan fatihahnya. Bagaimanakah jika jadi demikian ?
Apakah contoh2 lain yang seumpanya ?
JazakalLah

SJ - 1787 : MEMBACA SURAH AN-NAS SEBELUM SOLAT

Assalamu'alaikum :

Ustaz, adakah membaca Surah An-Nas sebelum solat seperti yang diamalkan sekarang ini ada nas nya? Kadang2 ada imam yang terlalu banyak membaca doa-doa lain, mengajak makmum bersolat jamaah (as solatu jamaah) etc sehingga terlalu lambat pulak nak mengangkat takbiratul ihram.

SJ-1788: Nazar & Sumpah.

Assalamu'alaikum, Ustaz,

Masih lagi berkenaan dgn hadis nabi. Berkenaan sumpah & Nazar. Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: " Janganlah kamu bernazar kerana nazar itu tidak dapat menolak sedikitpun takdir, ia hanyalah untuk mengeluarkan sesuatu dari orang yang bakhil."

Beberapa soalan berdasarkan hadis tersebut, minta Ustaz perjelaskan secara terperinci.

SJ - 1786 : MIMPI BERTEMU DGN RASULULLAH S.A.W

Assalamu'alaikum, Ustaz dan ahli panel yang lain.

Dalam membaca hadis2 nabi, saya begitu tertarik dengan 2 hadis dibawah:

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguhnya syaitan tidak boleh menjelma dengan rupaku.

Hadis Abu Qatadah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya maka dia benar-benar melihat sesuatu yang benar.

Minta Ustaz beri penjelasan berkenaan hadis tersebut.