August 2002

SJ-1724: (Mufti Brunei) Wiladah @ Nifas

Assalamualaikum Tuan Panel.

Tempoh hari lalu, ahli panel sudah menjelaskan mengenai mandi wiladah dan nifas. Yang memusykilkan saya ialah fatwa dari Kerajaan Brunei yang mengatakan seseorang yang baru melahirkan anak WAJIB MANDI WILADAH DAN NIFAS SERENTAK... untuk kepastian saya turunkan petikan fatwa tersebut.. mungkin saya tersilap faham.......

SJ-1746: [SJ-1705] Susulan: Makan minum dlm Solat

Ustaz

Saya ada terbaca berkaitan SOALJAWAB AGAMA (tidak ingat sumber), bahawa jika kita mendapati ada sisa makanan selepas solat maka dikehendaki mendirikan solat tadi sekali lagi. tetapi bila membaca jawapan dari ustaz untuk SJ1705, saya rasa pelik pulak kerana soalan yang sama tapi jawapan berlainan. Adakah ini disebabkan pandangan mazhab yang berlainan?

SJ-1741 : TAUBAT & MENGUGURKAN KANDUNGAN

Assalamu'alaikum, Ustaz
Lanjutan dari soalan sebelum ini, saya ingin bertanya lagi berkenaan dengan kedudukan anak yang digugurkan itu.

1. Adakah anak itu akan mendakwa ibunya di akhirat nanti?

2. Apakah amalan yang sebaik2nya sepatutnya dilakukan oleh ibu itu untuk mendoakan anak yang telah digugurkan. Adakah sama seperti mendoakan dan bersedekah pahala membaca Al-Quran kepada orang yang telah meninggal dunia? Atau adakah cara lain?

Harap dapat ustaz perjelaskan dengan terperinci.

Sekian, terima kasih.

Assalamu'alaikum....

SJ-1722 (SJ-1711 part 2): Serban

Assalamualaikum

Ingin penjelasan mengenai berserban atau berkopiah, setahu saya hadis paling shahih dan afdal (cara berpakaian kebanyakan waktu) mengenai cara Rasullulah memakai penutup kepala adalah menutupnya dengan kain putih secara berselendang diatas kepala, itu yang selalu dipraktik day to day oleh junjungan Nabi. Terima Kasih.

SJ-1739: nafkah isteri

Assamualaikum,

Pada masa ini kebanyakan si isteri ramai yang bekerja dan ada juga yang mempunyai pendapatan yang lebih tinggi daripada suami. Soalan saya :

1) Bolehkah suami tidak memberi nafkah (wang bulanan) kepada isterinya kerana berpendapat si isteri mempunyai pendapatan sendiri ataupun lebih tinggi daripadanya?

2) Adakah kadar yang ditentukan di dalam Islam untuk diberikan kepada isteri sebagai nafkah ataupun terpulang kepada kemampuan suami?

SJ-1711 : Rampai : Berserban, Ikut Sunnah, Pakaian Muslimah,

1. a) Bersandarkan hadis Nabi SAW, memakai serban adalah sunnah. So, adakah memakai serban dengan tidak mengikut cara pemakaian serban nabi SAW dikira bida’ah sayyiah? Atau adakah ianya boleh disimpulkan bahawa memakai serban sahaja sudah dikira sunnah, tidak dituntut mengikut cara Nabi SAW mengikat serbannya. Sama seperti contoh yg Ustaz berikan pada malam itu bahawa bersugi itu sunat kerana kebersihan yang dituntut oleh Islam, bukan kayu ‘Arak’ – (sugi) itu. Bermakna berus gigi Zaitun pun boleh dianggap seagai alat sugi dan mendapat pahala.

SJ-1735: kisah Adam dan Iblis

Berhubung dengan kisah Iblis yang enggan sujud kepada nabi Adam, saya ingin mendapat penjelasan mengenai sequence kejadian tersebut :
i. Bilakah Iblis dikeluarkan dari Syurga?
( Bukankah peristiwa Iblis menggoda Hawa itu berlaku setelah Iblis enggan sujud kepada nabi Adam ; adakah Iblis masih lagi berada didalam syurga setelah engkar kpd arahan Allah itu)
Penerangan dari pihak Tuan saya dahului dng ucapan terima kasih.