SJ-1754: mimpi
Submitted by Anonymous (not verified) on Tue, 20/08/2002 - 3:12amASSALAMU'ALAIKUM,
Sumber Rujukan Islam Anda..
ASSALAMU'ALAIKUM,
assalamualaikum Wmt Wkt
Saya dah masuk arkib untuk cari jawaban tentang soalan saya tapi tak jumpa iaitu " adakah wajib solat Asar jika seseorang sudah solat jamak taqdim, dan sampai di rumahnya sebelum masuk waktu Asar dan masa yang ada masih banyak
Assalamualaikum Wmt Wkt
Terima kasih kerana menjawab soalan berkenaan berubat guna jin.Yang masih menjadikan saya musykil ialah saya pernah terbaca buku yang di karang oleh Ustaz Fathi Yakan bertajuk " Sihir Dan Pecahannya"ÇáÓÍÑ æãÔÊÞÇÊå
berkata sebagai memetik kata-kata Imam Ibnu Taimiyyah bahawa DIBOLEHKAN GUNAKAN JIN UNTUK PERKARA-PERKARA SOLEH" dan bukankah berubat itu antara perkara soleh.Minta tuan panel jelaskan.Terima kasih.
Wassalam
Assalamualaikum.
Apakah kedudukan kiblat bergantung kepada jarak yang paling hampir kepada Mekah? Iaitu sebagai contoh jarak antara Malaysia dan Mekah adalah lebih hampir melalui Barat Daya maka kiblat juga adalah arah Barat Daya?
Sekian. Terima kasih.
Assalamualaikum wrt wbh:
Merujuk kepada masalah di atas saya harap pihak Al Ahkam dapat memberi jawapan yang lengkap demi mengelakkan kekeliruan yang berlaku berikutan beberapa fatwa yang dikeluarkan.
Pertama: fatwa dari Mufti Singapura yang menfatwakan air itu suci
Kedua: fatwa dari mufti Perak yang menfatwakan air itu tetap najis (Utusan Malaysia 18.8.2002, Ahad)
Kemungkinan pihak Al Ahkam boleh mendapatkan penjelasan dari pihak yang berautoriti untuk dipaparkan kepada umum
WASSALAM
Assalamualaikum,
saya ada kemusykilan berkenaan hukum meyimpan patung (seperti hello kitty, pooh, tweety dan lain²) untuk tujuan koleksi kerana suka kepada kecomelan patung2 tersebut. Ini kerana ada yang menegur saya agar membuang patung² tersebut kerana malaikat tidak masuk ke rumah. Harap ustaz boleh bagi penjelasan. sekian terima kasih.
Assalamualaikum Wmt.Wkt
1. Apakah hukum berubat tradisional menggunakan jin Islam tanpa melakukan perbuatan yang boleh dikira sebagai syirik?
Wassalam
Assalamu'alaikum Ustaz-Ustaz semua.
Sebelum ini saya ada ajukan persoalan mengenai mengapakah qiblat di sebelah barat . Jadi terlintas pula untuk mengajukan soalan yang ada kaitannya dengan perkara itu , iaitu ;
Assalamu'alaikum Ustaz - Ustaz sekalian.
Saya ada pertanyaan iaitu :
1 - Mengapakah qiblat itu berada di Barat ?.
2 - Boleh tak kalau kita sembahyang dengan mengadap ke arah Timur, sebab bukankah bumi ini bulat , jadi kalau kita mengadap ke Timur pun, kita tetap menemui arah qiblat kita ?.
Maafkan saya kalau soalan ini agak pelik dan tidak teratur.
Terima Kasih.
Assalamualaikum Wmt Wkt
Adakah sah solat jika dahi seseorang terhalang dengan rambut ketika sujud ?.
Wassalam