September 2002

SJ-1846: Anak Lembu Samiri...

Assalamualaikum...

yg mulia ustaz...

apakah pandangan ustaz mengenai lahirnya anak-anak lembu samiri seperti yang didakwa oleh orang-orang yahudi? ini kerana saya telah menerima e-mail dari seorang teman menunjukkan anak-anak lembu samiri ini yang berwarna merah telah pun dilahirkan... apakah komen ustaz? - maaf sebab soalan ni takde kene mengene dengan feqh!!!

SJ-1845: Riwayat A'isyah ra

Assalamualaikum

Saya musykil dan ingin tahu kenapa kita jarang mendengar atau membaca dari kitab-kitab mengenai riwayat Sayidatina A'isyah ra yakni isteri Nabi Muhammad saw. Lagi satu, kenapa nama beliau tidak termasuk dalam golongan wanita yang dijanjikan syurga menurut riwayat?
Harap mendapat penjelasan. Sekian, wassalamualaikum wbt

SJ-1842: [U] Bulan rejab dan Isra' Mikraj

Assalamu'alaikum!

1) Ustaz, adakah riwayat yg mengatakan bulan Rajab ialah bulan Allah, Sya'ban bulan Nabi dan Ramadhan bulan umat Nabi SAW daripada sumber yg shahih? Jika ya, bagaimana pula dgn bulan2 lain selain drpd bulan tersebut? Kepunyaan siapa pula bulan2 yg lain?

2) Adakah pendapat yg shahih menyebut Nabi Isra' pd 27 Rejab.

3) Adakah Nabi pernah menganjurkan berpuasa sunat 27 Rejab sempena mengingati Isra' dan Mikraj?
Sekian, terima kasih!

SJ-1840: [K_Akhyar] Mohon Huraian 2

Dari Kita Kifayatul Akhyar

Apabila seseorang melakukan solat dgn membawa najis yang tidak dimakfuw tetapi dia tidak melihat adanya najis itu waktu solatnya, baik najis itu ada dibadannya atau bahunya atau tempatnya, jika sama sekali tidak melihat, ada dua qaul. Qaul jadid yang azhar wajahnya menyatakan wajib qada'. Sebab suci dari najis itu wajib. Jadi kewajiban suci itu tidak gugur kerana bodoh, sebagaimana kewajiban suci dari hadas.