September 2002

SJ-1855: Maksud jangan keji berhala

Assalamualaikum Wmt Wkt

Dalam Al-Qur`an ada disebutkan "jangan kamu mengeji tuhan org kafir nanti mereka mengeji pula Allah". Adakah ini bermakna kita tidak boleh berhujjah dengan orang kafir menyentuh aspek ketuhanan mereka, nanti mereka mengeji Allah pula?

Apa jawaban yang patut diberikan kepada non-Muslim yang kita dakwah supaya meninggalkan sembahan berhala , lalu mereka jawab berhala adalah perantaraan sahaja sama seperti Muslim solat menghadap Kaabah

Wassalam

SJ-1854: Yaqazah2

Assalamualaikum Wmt Wkt

Terima kasih saudara THTL di atas jawaban tersebut..

1.Adakah ini bermakna Yaqazah merupakan pegangan Ahlu Sunnah...Boleh saudara nyatakan lagi nama ulama mu`tabar selain As-Suyuti yang membenarkan yaqazah ini dan adakah ulama lain yang menetang pendapat beliau

2.Apakah yang dimaksudkan furu` aqaid dan usul aqaid..adakah mengingkari furu` aqaid menjadi kafir.

Wassalam

SJ-1852: [U] Sujud Syukur & Sujud Tilawah

Assalamu'alaikum Ustaz & Ahli Panel sekelian,

Persoalan mengenai sujud syukur dan sujud tilawah.

1. Apa perbezaannya kedua-dua sujud ini? Dari segi hikmah mahupun kebaikan2 yg ada padanya. Sedangkan cara & bacaannya adalah sama. Adakah perbezaan namanya disebabkan oleh ketika melakukannya iaitu sujud syukur kerana dapat nikmat dan sujud tilawah ketika ketika membaca Al-Quran?

SJ-1857: Perkahwinan Tanpa Wali

Assalamu'alaikum, Ustaz & ahli Panel

Di sini saya ingin bertanya berdasarkan satu hadis nabi s.a.w

Dari Aisyah ra berkata: Rasulullah bersabda "Sesiapapun wanita yang dinikahkan tanpa izin walinya, maka nikahnya adalah batil, maka nikahnya adalah batil, maka nikahnya adalah batil. Jika wanita tersebut disetubuhi, maka maharnya tetap menjadi miliknya kerana dihalalkan kemaluannya. Jika mereka (para wali) saling berselisih, maka pemimpin adalah wali bagi orang yang tidak mempunyai wali"

Berdasarkan hadis tersebut, ingin saya utarakan beberapa soalan:

SJ-1849: Hukum melambatkan mandi wajib

Apakah hukumnya melengahkan mandi wajib seperti berniat di dalam hati "Biarlah aku basuh kereta dulu, lepas tu nanti aku mandi wajib sekali".

Anggaplah soalan ini ditanyakan dalam keadaan seseorang itu telah menyempurnakan solat wajibnya (i.e selepas solat Subuh dan sebelum solat Dzuhur).

SJ-1848: Pengembaraan ke alam kubur...

assalamualaikum...

yg berbahagia ustaz,

apakah pendapat ustaz mengenai "pengembaraan ke alam kubur' seperti yang di lakukan oleh organisasi Rufaqa'? adakah ianya bertentangan dengan ajaran Islam? dan kenapa pula tidak diarahkan supaya 'pameran hantu-hantu sedunia' itu ditutup?