October 2002

SJ-1898: Tayammum dan Cium alQur'an

Assalamualaikum wmt wkt, Tuan panel,

1.Bagaimana berwuduk untuk solat bagi orang yang mukanya dan kedua belah tangan melecur akibat terkena api dan doctor sahkan anggota ini tidak boleh terkena air.

2. Adakah perbuatan cium Al-Qur`an selepas membacanya ada nas dalam hadis Nabi.

SJ-1908:Mandi Wajib - Keguguran

Assalamualaikum.......

Saya ada suatu permasalahan ni. Mengenai mandi wajib atau mandi hadas bagi mereka yang mengalami 'keguguran'.
1) Macamamana niat yang sebaiknya dan bila sepatutnya wajib dilakukan mandi hadas itu.

2) Adakah diwajibkah mereka yang mengalami keguguran itu mandi 'wiladah' selain mandi wajib.

SJ - 1890 : AZAN : ADAKAH IANYA DARIPADA WAHYU ?

assalamuallaikum wbt

saya ingin bertanya mengenai persoalan azan. adakah azan merupakan wahyu allah swt kepada nabi? soalan ini ditanya ketika 1 progam usrah disini. Riwayat menyebut sahabat sahabat bermimpi perkara yang sama mengenai azan ini. jadi adakah mimpi sahabat ini dikira wahyu? adakah azan diwajibkan ketika waktu solat?

SJ-1887: celak dan darah...

Assalamualaikum Ustaz...

Saya nak tanya...
1) Kalau sewaktu berwuduk, celak mata tidak padam sepenuhnya...adakah wuduk itu sah?

2) Darah pada pakaian telah diusahakan bersungguh-sungguh untuk membersihkannya tetapi masih terdapat sedikit kesan berwarna. Adakah sah solat sekiranya pakaian ini digunakan ketika bersolat.

Itu sahaja setakat ini...
Sekian, trimas

Assalamualaikum

SJ - 1884 : GARA-GARA DOSA , PAHALA PUN TERLEPAS JUA

Assalamu'alaikum Warah MatuLlah
Ini adalah petikan dari satu artikel, Adakah terdapat kebenarannya ?

"ORANG-ORANG YANG SULIT MELAKSANAKAN SHALAT ISYA BERJAMAAH dan
SULIT BANGUN PAGI UNTUK MELAKSANAKAN SHALAT SUBUH DI MASJID, ITU TANDANYA
BAHWA DIA MEMILIKI BANYAK DOSA. DOSA-DOSANYA TELAH MENAHANNYA UNTUK TIDAK
DATANG KE MASJID BERSILATURAHIM DI RUMAH ALLAH, MENEGAKKAN KEBAJIKAN DAN
MENJAUHKAN KEMUNGKARAN !"

JazakaLlah

SJ-1886: Daging Landak

Assalamualaikum....

Saya ingin bertanya apakah hukumnya memakan daging landak. Saya kurang pengetahuan tentang latar belakang binatang ini. Saya jadi musykil samada ia boleh dimakan atau kerana ramai orang disekeliling saya memakan daging landak. Satu lagi, adakah bulu dari badan landak yang telah mati boleh dibuat penunjuk pada A-Quran atau Muqaddam semasa mengaji? [="orange"]