October 2002

SJ-1914: Haji - mana yg lebih afdal

Alhamdulillah, simpanan di Tabung Haji telah cukup untuk saya dan isteri mengerjakan Haji. Wbmp kedua mertua saya belum lagi menunaikan fardu Haji kerana belum cukup belanja. Manakah yang lebih afdal - untuk saya mendahulukan mereka (memberikan mereka simpanan saya), atau saya dan isteri pergi dahulu

SJ-1906: Makna Ayat

Ayat 17, Surah Al Qiyaamah.

"Sesungguhnya mengumpulkan AlQuran(didalam dadamu) dan (menetapkan) bacaannya (pada lidahmu) itu adalah tanggungan Kami. (Kerana itu), jika Kami telah membacanya, hendaklah kamu ikuti bacaannya."

1)Adakah hubung-kait Otak dan Hati, bukankah ingatan itu di Otak ?
2)Adakah ditujukan kepada Nabi Muhammad S.A.W sahaja ?
Bagi kita keseluruhannya, - belajar mengeja dan seterusnya pelancaran, serta pembelajarn tajwid dan menghafal. Bagaimanakah hubung-kaitnya dengan ayat diatas ?
JazakaLlah

SJ - 1900 : SELAWAT AT-TAFRIJIYYAH

Assalamu'alaikum Warah MatuLlah

Kita disarankan banyak bersalawat kepada Nabi Muhammad S.A.W. Antaranya salawat2 yang dianjurkan adalah seperti Salawat Munjiah,Badriyah,Tafrijiah dan lain2.

Tetapi contoh bagi Salawat Tafrijiah, maknanya agak membingungkan saya. Harap Uztaz dapat meleraikannya.

SJ-1896: Perkahwinan antara agama.

Assalamuallaikum wbt

didalam website beralamat url ini http://islamlib.com/WAWANCARA/zainun%20kawin2.html

membincangkan mengenai perkahwinan antara orang Islam & ahli Kitab. Bersandarkan hujah yang dikemukakan oleh Muhammad Abduh, Dr Zainun Kamal mengatakan bahawa perkahwinan antara ahli kitab dibolehkan. Harap panel boleh memberi pandangan dari jawapan yang diberikan oleh Dr Zainun. Apakah pandangan yang rajih perlu diikuti?

SJ - 1891 : DAKWAT PRINTER & HUKUMNYA

Assalamualaikum w.b.t

Saya ingin bertanya mengenai dakwat inkjet printer yang biasa digunakan untuk refill.

Adakah ia dikira sebagai bahan yang menghalang air ketika bersuci. Kerap kali apabila menggunakannya, ia akan terkena tangan dan tidak keluar apabila dicuci.

Apa yang harus saya lakukan, adakah wudhuk dan mandi hadas saya sah jika kesan dakwat itu masih ada?

Harap penjelasan dari al-ahkam...

terima kasih