October 2002

SJ-1927: Sujud Sahwi 2

Assalamulaikum,

Jika makmum masbuq mendapati Imam melakukan sujud sahwi, dia hendaklah mengikuti Imam atas alasan Imam itu wajib diikuti. Jika dia mengetahui kecacatan solat Imam, maka dia tidak wajib ikut sujud sahwi.
Soalan 1- apakah maksud mengetahui kecacatan imam.

Tindakan sahabat anda yg tetap berdiri itu pun betul dgn syarat dia berniat mufaraqah (berpisah dari Imam). Jika dia tidak niat mufaraqah, maka solatnya batal. Fiqh Islami
Soalan 2 - bagaimana kafiat niat mufaraqah.

JKK

SJ-1928: Solat dan Puasa di US dan dalam perjalanan

Assalamualaikum,

1. Saya akan bertolak ke US dalam bulan Ramadhan bagaimanakah saya akan berpuasa dan bersolat dalam Kapal Terbang dalam perbedzaan masa.

2. Jika solat jamak dan qasar lebih drpd 3 hari 3 malam adakah dalil yang dibolehkan.

3. Di masa siang sedang bekerja dengan keadaan di US yang sentimen terhadap muslim yang tidak menentu, bolehkah saya solat secara duduk dalam bas atau di taman supaya tidak disyaki dan jika boleh perlukah saya solat sekali lagi apabila selamat untuk menggantikkannya.

SJ-1926: Solat-Sujud Sahwi

Assalamualaikum,

Baru-baru sedang bersolat di Masjid KLCC, saya dalam keadaan masbuq dalam rakaat terakhir, oleh kerana tengah konsentrasi untuk menghabiskan rakaat yang tertinggal maka apabila imam selepas tahiyat akhir mengucapkan takbir dan kemudian sujud sahwi saya secara automatik terus bangun, apabila menyedari imam sedang sujud sahwi maka saya pun turun kembali sedangkan saudara disbelah saya yang juga berdiri, terus berdiri sehingga imam memberi salam dan terus continue menghabiskan rakaat yang tertinggal. Adakah tindakan saya ini betul ataupun saudara tersebut. JKK

SJ-1925: Barang Amerika

Assalamualaikum...

1) Adakah semua barang "made in Amerika" itu org Yahudi yang punya dah haram digunakan. MAcam mana dengan barang yang tidak tersenarai dlm senarai tu tapi import dari Amerika...contohnya seperti barangan jenama Neostrata?

2) Macam mana dengan barang Amerika yang terdiri dr ubat-ubatan yang telah lama digunakan atas kesesuaiannya...berdosakah sekiranya diteruskan penggunaan?

SJ-1922: Terlupa ayat surah dalam solat

Assalamu’alaikum,

Apakah yg perlu dilakukan oleh seseorang itu jika dia terlupa satu ayat dalam surah selepas membaca Al-Fatihah. Dia hanya teringat yg dia tersilap (tertinggal membaca satu ayat) selepas memberi salam.
1) Adakah dia perlu mengulangi solatnya.
2) Jika dia menjadi imam dan tiada siapa menegur kesilapannya, adakah makmum juga perlu mengulangi solatnya?

SJ-1921: Istihadhah & Ketumbuhan

Assalamu'alaikum kepada semua warga Al-Ahkam.

Di sini saya ingin mengemukakan sedikit soalan:

1. Berkenaan dengan istihadah, telah dinyatakan bahawa perempuan yang beristihadah masih wajib menunaikan solat. Namun wuduknya terhad pada 1 solat fardhu dan beberapa solat sunat. Berapa banyak solat sunat yang boleh dilakukan?

Contohnya: Tidak lama lagi Ramadhan bakal menjelang jadi, adakah dibolehkan bagi perempuan yg beristihadah solat isyak dan kemudian solat tarawih selesai hingga ke witirnya? (11 @ 23 rakaat)

SJ-1123 - Al-Isra' ayat 110

Berdasarkan SJ sebelum ini, ustaz merujuk pada Surah Al-Isra' ayat 110 berkenaan dgn larangan menyaringkan bacaan zikir. Namun begitu, saya dapati larangan dalam ayat itu adalah larangan menyaringkan suara ketika dalam solat.

1) Adakah maksud larangan itu juga termasuk larangan menyaringkan suara ketika berzikir selepas solat?

2) Apakah bacaan2 atau zikir2 yg dituntut diamalkan selepas solat mengikut sunnah Rasulullah SAW.

SJ - 1916 : SANTAU , SIHIR & RASUKAN SYAITAN

Assalamu'alaikum,

1.Adakah Allah SWT menceritakan tentang perbuatan manusia menggunakan sihir seperti santau angin,santau makanan dlm Al-Quran?Jika ada saya minta Ustaz sertakan surah tersebut.

2.Sejauh manakah kebenaran seseorang manusia itu dapat memudaratkan manusia lain menggunakan sihir seperti meminta jin ataupun syaitan melemahkan tubuh badan(anggota badan) ataupun rasukan?Jika ada saya minta Ustaz sertakan dalil dr Al-Quran.

Terima Kasih.