October 2002

SJ - 1880 : MAHSURI , P.RAMLEE & TAREQAT

assalamualaikum ,

saya ingin bertanya kepada ustaz...
saya ada mendengar cerita dr kawan saya bahawa:
1... dia belajar solat melalui pertemuan ghaib dengan Mahsuri....kemudian dlm pertemuan itu kawan saya mengimamkan mahsuri dalam solatnya.
2. P.Ramlee masih hidup.Dia hidup dialam sama dengan Mahsuri (dialam Ghaib).
3. Dia juga mengatakan bahawa anak Nabi Sulaiman masih hidup dan sekarang berada di kawasan sempadan antara melaka dan negeri sembilan. Menurutnya Allah yg 'mencampak'kannya ke situ.

SJ-1894: Baca alQur'an di Kuburan 2

Menurut THTL
"Yang pasti: amalan membaca Qur'an atas kubur ini bukan amalan salaf dan tidak ada dalil sahih yg meriwayatkan ia pernah diamalkan pada 300 tahun pertama sejarah emas Islam. "
Ingin saya bertanya - Tahun bila dan di manakah bermulanya perkara tersebut ? - Saya lihat kalau Allah Ta'ala mengambil roh diWaktu Malam. Secara lazimnya orang membaca Quran ditepi mayat hingga ke Pagi - Bagaimana pula ini ?
Jazakallah

SJ - 1878 : MENZIARAHI IBU-BAPA YANG BELUM MEMELUK ISLAM

http://forum.cari.com.my/viewtopic.php?TopicID=33912

Saya adalah seorang gadis cina baru menganuti Islam tetapi keluarga saya kepercayaan masing-masing.

Saya nak tahu apabila salah seorang keluarga saya telah meniggal dunia dan macamana pula dengan saya sebab saya telah menganuti Islam, patutkah saya menziarahi.

Ismillah Tan Abdullah