December 2002

SJ - 2075 : MEMALUKAN ORANG LAIN

Assalamualaikum,

Bolehkah kita mengaibkan atau memalukan seseorang yg mmg sah2 dia tidak mengikut syariat Islam atau melakukan perkara yg salah. Sebab dlm hukum syariah Islam sesetgh mazhab(saya tak ingat mazhab mana) kalau di tangkap seseorang itu tidak solat maka di hukum(hukuman takzir) dgn memalukannya dikhalayak ramai. Jadi macam mana. Adakah kita dibenarkan utk memalukan atau membongkar keburukan seseorang itu?

Sekaian Wassalam. WA

SJ-2066: Mencium tangan ketika bersalam.

Assalamualaikum! Apakah pandangan ulama-ulama berhubung dengan tentang mencium tangan ketika bersalaman. Contoh seperti bersalaman dgn pemimpin, alim ulama, guru, orang tua, ibu-bapa, isteri mencium tangan suami dan sebagai. Saya masih belum dapat mencari jawapannya. sekiranya ada sesiapa yg boleh menolong saya ini? Wassalam

SJ-2062: Bertunang.

Assalamu'alaikum,
1. Bagaimanakah kedudukan bertunang didalam Islam?Adakah terdapat dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah tentang hukum melamar? Jika ada saya minta Ustaz THTL/Pendekar sertakan dalil tersebut.
2.Berkenaan dgn Surah An-Nur ayat 60, saya minta ustaz jelaskan menurut pemikiran Islam tentang kedudukan aurat yang dimaksudkan dalam ayat tersebut.
3.Akhir sekali saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Menyambut Syawal kepada Ustaz berdua dan seluruh pengunjung Al-Ahkam. Jika terdapat salah dan silap,saya memohon maaf. Terima Kasih.

SJ-2055: WASIAT DR. ABDULLAH AZZAM

Assalamualaikum...
Mungkin soalan tak ada kena mengena dengan feqh kot ..
cuma ingin mendengar pandangan dari ustaz sekalian terhadap artikel ini ..
artikel ini panjang sikit harap pihak ustaz tak marah yer pada saya ...dibawah ini artikel nyer
WASIAT DR. ABDULLAH AZZAM

Wahai Muslimin!!! Dengarlah

Sambutlah .. genggamlah wasiat itu ..

Dan apabila telah tiba saatnya . Tunaikanlah .

Karena kematian itu .. akan membawamu pada kehidupan baru ..

Yang abadi ..

SJ-2059: Syirik Alhulul

Apakah maksudnya syirik alhulul.
Jika seseorang dah terlampau tinggi maqam tariqatnya, bolehkah dia mengatakan sesuatu yang berupa syirik seperti " aku tuhan"
""Bukanlah anjing dan babi melainkan tuhan kami… dan bukanlah Allah kecuali pendeta di gereja".
Atau mengaku Allah bersatu dengan makhluk?
Bukan kah Rasullulah yang paling tinggi darjatnya pada sisi Allah tapi adakah nabi pernah berkata ucapan seperti itu?