December 2002

SJ-2078: Hukum HIZBI?

Assalamualaikum...baru2 ni ana ade t'baca sebuah kitab karangan salah seorg ustaz yg boleh dikatakan masyhur jugak kat negara kita ni...kitabnya tu b'kaitan dgn Fiqh Siasah...
Dalam kitabnya itu, ade kenyataan yg b'bunyi 'Hukum Membentuk Hizbi adalah HARAM'...selain itu, ustaz tu jugak menyamakan org yg m'bentuk Hizbi ni boleh dikategorikan sbg Khawarij... Ana b'harap sgt ustaz2 dpt turun tgn utk menerangkan keadaan yg sebenarnya seterusnya memisahkan antara yg haq dan yg bathil...sekian...wallahu'alam... :confused:

SJ-2089: Suci atau tidak?

Assalamu'alaikum

Terima kasih kerana memberi ruang utk saya bertanya. Harapan saya ialah saudara dpt menjawab kemusykilan saya..

1. Sehelai seluar yang terkena sentuhan anjing/najis anjing direndam dalam air bersama-sama pakaian lain, adakah pakaian2 lain itu turut dikategorikan bernajis mughalazah?

2. Bagaimana pula jika air rendaman itu tidak bertukar warna dan tiada 'ain najis pada seluar yg dikhuatiri bernajis itu?

3. Adakah org yg menyentuh air rendaman itu turut dikategorikan sebagai yg dicemari najis mughalazah dan perlu disucikan?

SJ-2088: Hadith ttg Nabi Isa (as) akan membunuh semua babi

Apakah status hadith yang mengatakan Nabi Isa AS akan membunuh semua babi di dunia ini sebelum Qiamat? Sekiranya ia sahih, bolehkah ustaz kemukakan hujah-hujah supaya kita dapat menerima dan beriman dengannya sepenuh yakin.

SJ-2086: Tips di negara barat

:salam

saya ingin bertanya berkisar dgn jawapan yg diberikan oleh thtl berkaitan rasuah, hadiah… Budaya barat mengamalkan satu sistem yg dpanggil tips. Adakah kita dibolehkan memberikan duit kpd mereka ini? Setahu saya tak boleh kerana dia telah mendapat gaji. Ada hadis yg mengatakan nabi SAW menegur dan melarang sahabat yg mengutip zakat dan kemudiannya dia menerima ‘tips’ atau hadiah. WA.

:confused: :wassalam

:dollar

SJ - 2079: HUBUNGAN UKHUWWAH & HUBUNGAN SEJENIS

:salam

Tuan-Tuan Panel Fiqh yang dirahmati Allah ,

Saya ada satu persoalan . Sejauh manakah hubungan ukhuwwah di antara sesama jantina ( khasnya kaum hawa ) dibenarkan oleh syariat ? .

Maksud saya , sejauh manakah batas-batas hubungan sesama jantina itu dibenarkan dan dilarang di dalam Islam ? .

Saya harap jawapannya nanti disertakan dengan hujah-hujah syarak yang kemas dan juga secara detail . Guna untuk merungkaikan permasalahan ini di kalangan sesama kaum hawa .

Ribuan terima kasih .

:wassalam