February 2003

SJ-2286: anak yatim dan anak angkat

Dlm kita hendak mengambil anak yatim /anak angkat sebagai anak belaan kita perlu kita memahami dgn lebih mendalam lagi tentang kaedah yg betul. Dari segi niat kita memang baik.Tapi apabila anak yg kita sudah mencapai akil baligh sudah tentulah suasana berbeza krn ianya bukan mahram kita, sudahtentulah ada kaedah-kaedah yg terbaik dlm islam untuk menanganinya.

SJ - 2307 : BILAKAH KEADAAN YANG SESUAI BAGI UCAPAN-UCAPAN I

:)
kita kadang -kadang buat ucapan pada tempat yg salah mengikut keadaan.
Cthnya ucapan subhanallah,masyallah,astagfirullah dsbgnya.
boleh tak ustaz terangkan tentang kalimah ini dan lain-lain diucap pada tempat dan keadaan yg betul.
;)

SJ-2274: Lambang umno/BN

Assalamualaikum,
Saya adalah pencetak baju t-shirt. Boleh tak saya menerima tempahan buat lambang UMNO/BN pada t-shirt?...tidakkah ia dikira mempromosi lambang/idealogi songsang? haram ke? halal ke? atau harus.?...kalau saya terima dan keuntungannya sedikit disumbangkan kepada PAS, macamana?
terima kasih. wassalam. JKK

SJ-2295: [U] Ibu dan Suami

:salam

Saya pernah terdengar ustazah saya ketika sedang belajar dahulu yang menyebut.. Lelaki Dilahirkan Untuk Mentaati Ibunya dan Perempuan DiLahirkan untuk Mentaati Suaminya
Adakah ungkapan diatas ada disebut dalam al-quran mahupun hadith?

Pada lelaki, diketahui memang diwajibkan patut pada ibunya ( Berdasarkan jawapan dari kepentingan ibu atau bapa , tetapi sekarang, bagi perempuan pula, manakah yang lebih penting diantara Suami ataupun Ibu?

:wassalam

SJ-2294: Seputar Sembelihan

Assalamualaikum Wmt Wkt Ahli-Ahli Panel

1.Adakah dibenarkan bagi seorang penjual ayam Muslim menjual ayam yang tidak disembelih menurut syara` kepada bukan non muslim

2. Adakah benar menurut pendapat mazhab Syafie, binatang yang ditembak tidak halal dimakan

3.Jika ketika menembelih ayam, saya terangkat pisau dari leher ayam dan kemudiannya saya menyambung semula sembelih, adakah ayam itu sah dimakan

4.Apakah hukum makan ayam yang disembelih menggunakan laser. [Wassalam]

SJ-2284: "Menangkap Jin ke dalam botol" bukan dari tradisi I

Saya menonton rancangan National Geographic yang menunjukkan bagaimana tok batin dan pawang bukan beragama Islam di Afrika tengah mengubat pesakit. Mereka menangkap `evil spirit' (kuasa jahat) ke dalam botol dan kemudian ditutup untuk dicampakkan ke tempat yang jauh. Di Malaysia pula, terdapat pengamal `perubatan Islam' yang mengaku melakukan perkara yang sama. Bukankah lebih baik mereka menukar nama bidang mereka kepada `perubatan tradisional'?

SJ – 2246 : CUKUR BULU KAKI KERANA SUAMI SUKA

Assalamualaikum,

Sebagai tambahan adakah seorang wanita yg mencukur bulu kaki kerana suaminya suka(preference) dibolehkan, sebab saya berpendapat haram mencukurnya kerana menunjuk-nunjuk terutama kepada yg tidak menutup aurat(pakai skirt contohnya).

JKK.

SJ-2275: persoalan perbezaan pendapat ulama

:)
:salam

Perbezaan pendapat ulama dlm sesuatu perkara adalah sesuatu yg lumrah. Persolannya disini bagaimana pula bagi org biasa macam kita hendak mengguna pendapat yg mana. Adakah kita boleh menerima pakai pendapat yg sedikit, pendapat yg bersesuaian dgn kita atau menerima pendapat yg paling banyak persamaannya.
Adakah salah disisi agama kalau kita menggunakan pendapat yg sesuai dan berkemampuan utk kita walaupun pendapat itu hanya sedikit. wallahualam,
:wassalam

SJ-2247: Qurban - akan menjadi tunggangan kita dipadang mahs

:smirk:

yg mana lebih afdal kita melakukan qorban samada seekor kambing atau sebahagian lembu. kalau tak silap binatang qorban akan menjadi tunggangan kita di padang mahsyar, betulke.
Bagaimana pula bagi org yg tidak mampu utk melakukan qorban, apakah yg menjadi tunggangan nya di sana.
Bolehkah kita melakukan qorban keatas org yg telah meninggal dunia .

:wassalam