February 2003

SJ-2306: [Fiqh Munakahat] Disisih sebab keturunan

A'kum,
Walaupun saya beragama Islam (sejak lahir), namun ayah pasangan saya tidak merestui hubungan saya kerana saya berketurunan bukan "melayu". Apakan cara yg terbaik bagi kami teruskan niat utk dirikan rumahtangga? Adakah dgn mengingkari kata ayahnya, dia jadi anak derhaka walaupun alasan ayahnya bertentangan dng ajaran Islam? :confused:

SJ – 2299 : KELIRU MENGENAI KISAH NABI ADAM AS

Saya masih kurang jelas mengenai kisah Adam seperti di dalam surah Al-Baqarah. Mulanya Allah memberitahu malaikat yang Allah akan mencipta khalifah atas bumi. Kemudian Allah menyuruh Adam 'tinggal di dalam syurga dan makanlah buah-buahan di dalamnya' (seperti maksud ayat Quran). Kenapakah Nabi Adam tidak ditempatkan di atas dunia terus untuk menjadi khalifah, tetapi sebaliknya diperintahkan oleh Allah supaya ia duduk di dalam syurga, sehinggalah kemudian Syaitan menggoda ia supaya memakan buah yang terlarang.

SJ-2303: sembelihan 2

Assalamualaikum Wmt Wkt Jazakumullah atas jawaban

1. Dalam hadis ada disebut hanya kuku dan gigi sahaja yang dilarang guna sebagai alat menyembelih...bagaimana dengan serpihan kaca atau kayu yang ditajamkan seperti buluh yang tajam hingga boleh memutuskan urat binatang atau pisau yang dibuat dari batu...adakah benda ini boleh digunakan sebagai alat menyembelih

SJ-2298: Betul ker anak yang sah (2)

:salam

Syukran jazilan kepada ust thtl kerana jawapan yang diberikan (walaupun sedikit berlaser) :smirk:

Daripada hari awal saya kemukakan soalan itu, hampir setiap hari saya surf website al-ahkam ini, kalau-kalau ust telah menjawab soalan saya itu.

Baiklah, berikutan dgn jawapan ust thtl itu, saya ingin bertanyakan suatu perkara lagi.

Adakah ini menunjukkan bahawa Islam membenarkan perbuatan "zina" sebelum kahwin bagi memastikan pasangan perempuan mampu melahirkan anak, seperti mana yang sekarang ini always dipractice oleh remaja-remaja barat?

SJ-2305: Antara Mendengar Majlis Ilmu Vs Solat Sunat Tahhiya

Assalamu'alaikum,

Rata-rata kita mendengar ustaz-ustaz mengatakan bahawa solat sunat tahhiyatul masjid tidak perlu lagi apabila ada majlis ilmu di masjid kerana mendengar majlis ilmu itu wajib manakala solat tahhiyatul masjid itu sunat sahaja. Ganjaran pahala solat tahhiyatul masjid itu secara automatik akan masuk dalam ganjaran pahala majlis ilmu itu. Hujahnya ialah sekiranya kita seorang masbuq, kita akan terus mengikut imam menunaikan solat fardu tanpa perlu lagi solat sunat tahhiyatul masjid.

SJ-2301: Terlupa rakaat

:salam
Saya dah cek dalam arkib,tapi tak jumpa the exact question.
Kalau ada maafkan saya.

Begini,katakan imam dan makmum solat jemaah bersama. Imam terlupa rakaat, katakan itu solat Asar.
Imam bangun utk rakaat ke '5', walhal m'mum tetap duduk tasyahud akhir dan berkata subhanallah.

1) adakah imam kena habiskan rakaat kelima itu?
2) sujud sahwi --->wajib atau sunat utk situasi ini?
setahu saya tiada sujud sahwu sunat...
3) bolehkah imam turun semula utk tasyahud akhir setelah berdiri utk rakaat ke 5 ?