February 2003

SJ – 2291 : BENARKAH RASULULLAH S.A.W TAHU MASA DEPAN / FUTU

Saya mendengar ceramah agama oleh seorang penceramah yang agak terkenal. Menurut beliau, "Rasulullah (saw) memberitahu kepada Muawiyah bahawa cucu baginda al-Husayn akan dibunuh oleh anak Muawiyah suatu hari nanti. Kemudian Muawiyah membuat keputusan untuk tidak mahu berkahwin supaya beliau tidak mempunyai anak. Tetapi Muawiyah akhirnya terpaksa berkahwin juga dengan seorang tua kerana untuk mengubati satu penyakit di organ kelamin dan beliau mendapat anak (Yazid)". Penceramah terbabit, bagaimanapun, tidak memberitahu dari mana sumber kisah tersebut.

SJ-2233: Org yg meninggal dunia tapi masih belum mengerjaka

:salam
Berkenaan org yg meninggal dunia tapi masih belum mengerjakan haji.
Apakah hukum bagi anak utk membuat haji utk ibubapa atau mengupahnya bagi keadaan begini.
1) ada wasiat dari ibubapa
2) tiada wasiat dari ibubapa

SU-00020 Aurat Solat

:salam

Terima kasih kerana memberi ruang saya bertanya soalan di sini. Alhamdulillah byk persoalan yang saya selalu fikirkan dan tidak ambil kisah telah terjawab. Maaf sekiranya byk bertanya. Diharap saudara dapat menjawab persoalan ini.

Merujuk JAWAPAN SOALJAWAB 43

2. Masalah: Memakai baju melayu tanpa butang…

SJ – 2293 : SUNNAH YANG TIDAK BOLEH DIIKUTI

Ana ni musykil ler...

Dalam banyak-banyak sunnah... kan ada sunnah yang takleh diikut...
Massalahnya... apa dia sunnah yang takkleh diikut tu... Boleh tolong senaraikan?
Pas tu... ummi pun termasuk salah satu ke? Misalnya... ada lah seorang Muslim yang tak nak belajar membaca dan menulis pasal dia kata nak ikut sunnah... Kalau dia cakap macam tu... kita nak jawab macam mana?

Wallahua'lam

SU-00021 MASALAH AIR PULAK

1. Apa pendapat ustaz ttg baldi-baldi air yang digunakan oleh masyarakat Islam pada hari ini yang diletakkan mereka di dalam bilik air mahu pun tandas. Saya rasa sukatannya tidak melebihi 2 kolah , tambahan pula jarang baldi tersebut diisi sehingga penuh. Dan saya lihat, ramai di kalangan mereka tidak mengambil peduli akan tahap perubahan air itu seperti mutlak, mustakmal dsb. Kebanyakan mereka mandi dan bersuci dengan air tersebut. Malah, ada yang berwudhu’ dan mandi hadas besar juga dengan air tersebut.

SJ-2261: MACAM-MACAM MENGENAI NAJIS

1. Menurut satu hadis Rasulullah S.A.W. yang diucapkan baginda kepada seorang wanita yang bertanyakan kepadanya tentang kenajisan pakaiannya yang labuh setelah melalui kawasan yang kotor di mana Rasulullah S.A.W. menjawabnya dengan mengatakan suci kain tersebut setelah melalui kawasan yang bersih. Menurut pemahaman saya, pada zaman Rasulullah S.A.W. , kaum muslimahnya memakai pakaian yang agak labuh sehingga Rasulullah S.A.W. sendiri membenarkan labuh sehingga sehasta daripada buku lali. Soalan saya : Adakah ia hanya dikhususkan untuk wanita sahaja?

SJ-2260: MENGENAI PELABURAN

Saya ada beberapa soalan…

1. Apakah hukumnya melabur di dalam ASB? Kerana system yang diamalkannya tidak seperti system saham biasa kerana keuntungan akan diberikan kepada pelabur dalam jumlah yang telah ditetapkan. Contohnya sebanyak 10% untuk setahun. Jadi, adakah system sebegini dibolehkan walaupun ia lebih kurang sama dengan system bank yang menawarkan faedah? Kerana menurut sesetengah orang, ia tidak sama kerana ia merupakan satu system saham di mana wang yang kita laburkan itu digunakan untuk perniagaan.

2. Soalan ini berdasarkan situasi berikut.