February 2003

SJ-2253 - Takbiratul ihram tanpa suara & maksud mendahu

1.Sahkah sembahyang seseorang yang bertakbiratul Ihram dengan perlahan iaitu dengan hanya menggerakkan mulut tanpa mengeluarkan suara? Daripada apa yang saya tahu, takbiratul ihram itu perlu dilafazkan dengan suara sekurang-kurangnya sekadar didengari oleh telinga kita. Jika betul, bagaimana dengan solat kebanyakan masyarakat pada hari ini yang dilakukan begitu?
2. Adakah seseorang makmum itu telah dianggap sebagai telah mendahului imam jika dia rukuk sebelum imam rukuk dengan sempurna? Jika tidak, apakah yang dikatakan mendahului imam satu rukun itu? Dan apakah hukumnya?

SJ – 2225 : HARAMKAH SUARA HALUS DI DALAM NASYID ?

Seperti yg kita tahu… suara kita orang lelaki adalah lebih kasar daripada org perempuan.. tapi… lelaki boleh menghaluskan suaranya dengan mengeluarkan suara bernada tinggi yang seakan-akan perempuan… penyanyi-penyanyi nasyid sering menyanyikan lagu-lagu seperti ini untuk menghasilkan gabungan tiga suara… iaitu suara bass… suara normal… dan suara yang saya maksudkan itu… Soalannya… adakah perbuatan itu juga dikatakan termasuk dalam golongan menyerupai perempuan… seperti yg ditegah keras oleh Nabi Muhammad S.A.W.?

SJ-2254 - Memuja artis barat

Assalamualaikum…

Saya ada beberapa soalan.

1. Apakah hukumnya meminati dan memuja artis-artis barat yang ternyata kekufurannya? Dan bagaimana pula dengan hanya meminati lagu-lagunya sahaja tanpa meminati mereka? Contoh orang yang meminati dan memuja artis-artis ini ialah dengan menampal poster mereka… mamakai pakaian yang terdapat gambarnya… dan kadang-kadang tu… sampai mengikut fesyen pemakaian mereka…

SU-00016 MASALAH TALFIQ

Ana ada sedikit kemusykilan....

Misalnya sesuatu masalah tu.... ada lebih daripada 1 pendapat... maka sebagaimana yg kita tahu... bolehlah kita mengambil mana-mana pendapat yang mengikut keselesaan kita mengamalkannya... Soalannya... bolehkah dia beramal dengan kedua-duanya...? Maksud ana... pada suatu ketika dia menggunakan pendapat A manakala pada sesuatu keadaan yg lain plak... dia gunakan pendapat B... dan dia bukan bermaksud untuk mempermain-mainkan agama....

SJ – 2285 : PERBEZAAN DI ANTARA BERUBAT DGN MENGUBAH CIPTAAN

Ana ada kemusykilan ni....

Apakah hukum sebenar pembedahan plastik? Yg Ana dok dengar sebelum ni... HARAM... sebab mengubah ciptaan Allah... Tapi baru-baru ni keluar dalam s/kabar Mingguan- bhgn KESIHATAN yyg memfokuskan kerjaya seorang doktor dalam bidang pembedahan plastik ni... Dia kata tak mengapa sebab bukan nak mengubah ciptaan Allah... sekadar ingin membaiki bhgn tubuh badan yang rosak.. misalnya... mangsa kebakaran...dsb... Jadi... macam mana ni al-Ahkam?