February 2003

SJ-2290: Soalan sj-2095 (sutrah)

kalau surau disatu kompleks tempat saya bekerja dimana kedudukan arah kiblat depan pintu masuk surau tersebut maka terpaksa kami lalu dihadapan org solat tersebut. kalau nak mereka sampai habis solat takut tak sempat lak terutama waktu magrib. walaupun komplen telah dibuat agar surau dipindahkan tapi pihak pengurusan tak meluluskan. bagaimana status kami adakah kami berdosa? :confused:

SJ-2279mestikah org bukan islam masuk neraka?

:salam

saya ada membincangkan topik ini dlm forum cari.com/muslimin-muslimat.

daripada forum yg ringkas tu, saya telah membuat kesimpulan berdasarkan postings yg sempat diutarakan.

kesimpulan yg saya buat berkaitan topik yg kami bincangkan itu ialah...;

“Tidak semestinya org bukan islam masuk neraka”.

namun saya juga mendapati beberapa kesimpulan sampingan, iaitu;

SJ-2288: Anak angkat dan wangi-wangian

Assalamu'alaikum,
1.Adakah boleh anak angkat di bin/bintikan dengan nama bapa angkatnya?
2.Sejauh manakah Islam melarang wanita memakai wangi-wangian?
Kalau boleh saya harap Ustaz THTL yang menjawab soalan ini. Saya rindukan jawapan dari Ustaz..:-)
Terima kasih.

SJ-2297: Lafaz talak

Assalamualaikum ahli panel yang dihormati,

Hal ini berlaku kepada keluarga terdekat saya. Si suami bergaduh dengan isterinya. Sebelum ini mereka pernah bercerai dengan talak satu. Kerana hilang sabar dengan karenah isterinya dalam satu pertengkaran, si suami melafazkan "Aku cerai dikau dengan talak dua", sedangkan atas kejahilannya dia berniat "Ini adalah talak yang kedua untuk kamu". Persoalannya, jika diniatkan satu talak sahaja sedangkan disebutnya dua talak (satu yang baru dan satu yang lama) adakah dikira telah jatuh 3 talak?

SU-00028 kahwin sedang hamil

Assalamualaikum

Ada orang bagi fatwa, bahawa tak sah kahwini wanita yg sedang hamil akibat zina. kalau dibuat akad maka tak sah dan mereka dianggap bersekedudukan zina.

Sahkah kahwin wanita yg sedang mengandung anak zina?
Anak tu nak di binkan kepada siapa apabila telah lahir?
Kalau anak tersebut lahir selepas 6 bulan kahwin adakah sah anaknya?

Terima kasih

SJ-2289: Re: SJ-1644 (2): Solat-Masbuq

:salam

Dalam jawapan ustaz mengenai Masbuq , dalam hal ini apa kah hukumnya bagi orang yang hendak berimamkan seorang yang jugak dalam keadaan masbuq..

Atau dalam versi ceritanya..

A baru sampai ketika Jemaah sedang sembahyang dan beliau pun masbuq... Selesainya jemaah menunaikan solat, dan A pun bangun untuk menyudahkan sembahyangnya.. Pada ketika itu, B pula sampai.....

SJ-2280 : tafsir ayat 110, surah Al-Isra' - Solat Sir &

:salam

Saya ingin tumpang bertanya pada tuan mengenai bab solat.


{Ó} Þõáö ÇÏúÚõæÇú Çááøåó Ãóæö ÇÏúÚõæÇú ÇáÑøóÍúãóÜäó ÃóíøÇð ãøóÇ ÊóÏúÚõæÇú Ýóáóåõ ÇáÃóÓúãóÇÁ ÇáúÍõÓúäóì æóáÇó ÊóÌúåóÑú ÈöÕóáÇóÊößó æóáÇó ÊõÎóÇÝöÊú ÈöåóÇ æóÇÈúÊóÛö Èóíúäó Ðóáößó ÓóÈöíáÇð

SJ-2272: masalah aqiqah

A'kum

Saya ada satu soalan di sini berkaitan dengan aqiqah. Sebagaimana yang saya ketahui kadar aqiqah bagi anak lelaki ialah dua bahagian. Adakah 2 bahagian ini disyaratkan untuk dilakukan aqiqah dalam satu masa yang sama atau boleh diasingkan tempoh melakukannya seperti tahun ini satu bahagian dan tahun depan satu bahagian.

Diharapkan mendapat penjelasan daripada yang arif tetang permasalahan ini.

:wassalam