SJ - 2986: [Z] Hukum membazir waktu
Submitted by Anonymous (not verified) on Tue, 30/09/2003 - 3:01pm:salam
Membazir harta adalah haram. Bagaimana pula hukum membazir waktu?
Sumber Rujukan Islam Anda..
:salam
Membazir harta adalah haram. Bagaimana pula hukum membazir waktu?
:salam
Mohon jasa baik rakan-rakan di al ahkam:
(i) adakah sesorang Islam itu wajib menjawab salam (yang tidak dilafazkan), yang ditulis dalam e-mail atau SMS?
(ii) memberi salam dengan menambah "Ta'ala", adakah ia bid'ah?
(iii) menulis selawat ke atas Nabi hanya dengan kependekan "saw/SAW" sahaja - adakah ia terkeluar dari yang disyariatkan oleh Islam?
[kalau jawapannya sudah ada di mana-mana dalam al ahkam ini, harap dapat berikan alamatnya]
T.kasih
:wassalam
:salam
Apakah pandangan Islam terhadap sukan tinju dan tomoi atau apa2 sukan yang seperti berbentuk mencederakan itu. Riadah adalah salah satu perkara yg digalakkan dalam Islam, tetapi bagaimana dengan sukan yg berunsurkan seperti tinju dan tomoi itu? Adakah ianya dibulehkan atas nama sukan/riadah?? Asal sesuatu perkara itu harus, tetapi jika ianya membawa kemudaratan, seperti gangguan terhadap sistem saraf dan otak, maka itu adakah ianya diharamkan?
Mintak tolong huraian dari sheikh Ahkam.
:wassalam
:salam
Saya menerima e-mail di bawah ini daripada seorang rakan - niatnya baik kerana hendak menyebarkan ilmu - tetapi nampak isinya agak "semacam aje".
Jadi, saya mohon jasa baik rakan-rakan di al ahkam agar dapat membantu saya mengesahkan betul tidaknya "isi kandungan" pengajaran yang dikirimkan kepada saya itu.
Saya dahului dengan berbanyak-banyak terima kasih.
:wassalam
"Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar
Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara
:salam
Situasi: 1) Kadang-kala kedapatan org yg tidak senang bila satu2 tazkirah, pengisian, bayan, atau apa2 sahaja ucapan diberikan, tanpa memberi kredit kepada ulamak2 yg diquote kata-kata mereka, yakni tanpa disebut nama secara jelas, cthnya:
"ada ulamak yg berkata, blablablabla..."
"dikatakan, bahawa blablablabla...."
"ada seorang alim yang memberitahu bahawa, blablabla..."
Ditimbulkan soalan, "orang alim mana? ulamak mana? siapa?"
2) Dalam kitab2 pula, kedapatan istilah2 sebegini,
asalamualaikum.
Saya kurang mengerti konsep ukhuwah fillah. Benarkah kiranya kasih sayang kerana Allah..bertemu tak jemu berpisah tak gelisah? Saya kurang faham maksud ayat ini. sebagai contoh.. dua org bersahabat.. kemudian saling merindu sehingga masing2 berasa tidak mahu berpisah.. mahu sentiasa bersama. adakah kerana perasaan ini, kasih sayang sahabat tadi bukan kerana Allah? harap blh diperjelaskan..
wassalam. :ooo:
assalamualaikum
1. Saya bekerja di pendalaman Sabah di mana penduduknya bukan beragama Islam....dan tidak ada masjid di tempat tersebut... untuk menunaikan solat Jumaat saya perlu keluar ke kawasan bandar lebih kurang 2 jam menaiki kenderaan dan saya terpaksa cuti kerja pada hari tersebut bagi menunaikan solat Jumaat ..Adakah saya boleh meninggalkan solat Jumaat dan menunaikan solat zohor sahaja ataupun saya tetap diwajibkan solat Jumaat dengan keluar dari kawasan tersebut?
:salam
Saya selalu mendengar kuliah di masjid oleh beranika ustaz. Ada ustaz popular, ada ustas pro-pembangkang, ada ustaz yang neutral. Semua ustaz-ustaz ini baik-baik belaka orangnya. Tetapi kadang-kadang bagi sesuatu isu yang kecil atau melibatkan persoalan akidah, terdapat sesetangah ustaz ini yang berpendapat berlainan dengan sesetengah ustaz yang lain dan masing-masing mengemukakan hujah-hujah dan dalil-dalil yang relevan dan kuat bagi mempertahankan hujah mereka. Jadi para jemaah serba salah, yang mana satu hendak diikut.
:salam
1. Saya ingin bertanya, apakah hukum seseorang itu menonton wayang dipawagam? Apakah dalil dan hujahnya?
2. Bagaiman pula jika dia pergi bersama rakan-rakan yang sejantina, walaupun didalamnya gelap dan bercampur dengan orang berlainan jantina, agama dan bangsa, dengan niat untuk mengeratkan persahabatan, mempelajari bahasa Inggeris, mengetahui isu-isu semasa dan tidak menonton filem-filem yang berteraskan cinta disamping mengambil kesempatan selepas itu untuk mengajak rakan-rakan ke arah kebaikan?
:salam
Dahulu dimasa kecil selalu saya lihat bila seseorang secara tak sengaja menjatuhkan al-quran, beliau akan mengambilnya lalu menjunjungnya(dahi, kucup dan dada). Adakah perkara ini satu sunnah atau amalan biasa orang Melayu? Jika ia bukan sunnah, bagaimana cara sebenar yang perlu dilakukan bila perkara ini terjadi?
Terima kasih...