SU-00132: Beli akhbar di dalam masjid
Submitted by Anonymous (not verified) on Wed, 03/09/2003 - 2:08am:salam
Sumber Rujukan Islam Anda..
:salam
:salam
Adakah artikel dibawah soheh dan boleh dipercayai??
Ibu saya telah hampir 2 tahun separa koma setelah diserang “Brain Stem” stroke. Hingga kini ibu saya tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengelipkan matanya dan mengerakkan jari tangannya sahaja. Lain-lain perkara termasuk makan, minum dan membuang air semuanya melalui tiub. Telah beberapa doctor pakar yang telah kami rujuk menyatakan ibu saya tidak dapat dipulihkan secara perubatan moden. Setelah itu kami telah mencuba cara perubatan Islam dan tradisional yang mana kami rasa tidak menyalahi hukum-hukum syarak.
Assalamu'alaikum,
Saya ingin mendapatkan kepastian daripada panelist al-ahkam berkenaan dengan laman al-islam.org tersebut. Kerana setelah melihatnya secara umum nampak macam dikendalikan oleh golongan syiah. Yang mendorong saya ke laman itu ialah kerana ada seorang hamba Allah (dalam satu forum lain) telah mengatakan bahawa majoriti mujtahid mengatakan meliwat isteri itu tidak haram tetapi tidak digalakkan....terkejut jugak saya... Mohon penjelasan & terima kasih. :shocked:
:salam
Saya ingin mengetahui huraian kepada hadis ini, bukankah wanita diharamkan memakai minyak wangi?
'Sesungguhnya minyak wangi untuk lelaki ialah yang kuat baunya dan kurang warnanya sementara minyak wangi bagi wanita ialah yang menyerlah warnanya dan kurang baunya' Hadith Riwayat An Nasa'I, At-termidzi dan Abu Hurairah
:salam
Sesetengah negara spt. Jordan, Iran dan Pakistan membenarkan konsep "honour killings", iaitu seorang yang dituduh melakukan zina akan dibunuh oleh keluarga mereka sendiri, kononnya untuk "menebus malu". Apakah pandangan AhluS Sunnah Wal Jamaat mengenai perkara ini?
:wassalam
APakah hukumnya apabila satu pasangan yg ber"sms" dengan ayat2 yg berbau seks..seolah2 sedang membuat perkara tersebut tetapi sebenarnya tidak sama sekali..cuma mmbayangkan dengan sms shj?..
harap2 faham soalan saya ni.. :haaa
:salam
Saya ingin mendapat kepastian tentang status hadis dibawah:-
Hadith Rasulullah saw riwayat dari Bazzar dan At-Termizi :
Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikan“nya.”
Hadis ini saya dapati dr sebuah buku bertajuk Muka dan Tangan adalah Aurat dihadapan lelaki Ajnabi.(Abdullah bin Jarullah)
Terima Kasih.
AKUM.
Saya ada masaalah minta penjelasan dari Panel Ahkam atau mana-mana Ustadz.
Ada kedengaran melalui media letronik atau akhbar atau kuliyyah masjid mengertikan:
1: Ahli Sunnah Wal Jamaah itu ialah Umat Islam semasa yang mengikuti majoriti mengamalkannya.
2: Ahli Sunnah Wal Jamaah itu ialah Umat Islam yang mengikuti majoriti sahabat-sahabat nabi mengamalkannya walaupun tidak mesti ramai masa sekarang mengamalkannya.
Yang mana satukah lebih tepat ?
Terima kasih.