September 2003

SJ - 2923: [Z] Perihal solat & solat berjemaah (5)

:salam
1. Jika seseorang sedang solat ba'diyah maghrib dilantik sebagai imam, adakah dia perlu menguatkan bacaannya?
2. Jika memakai seluar panjang yang berlubang kecil contohnya seperti terkena puntung rokok di bahagian paha atau lain-lain kawasan aurat, adakah dikira aurat & bolehkah solat dengan memakainya?
3. Jika terlambat menghadiri solat berjemaah dan sudah pun ada beberapa saf, adakah masih perlu mengutamakan saf hadapan jika masih ada kekosongan?

SU-00140: Wanita bagi gambar kepada lelaki

:salam
Saya telah berkenalan dengan seorang wanita melalui chating dan bercadang untuk mengawininya sekiranya ada jodoh.Sekarang, saya masih berkawan dulu dengannya.Kemudian,saya telah minta gambar daripada dia untuk saya lebih mengenali dia dari bentuk rupa paras dan dia pun telah bagi gambar dia kepada saya.Jadi,Soalannya, Apakah hukumnya?Dan minta nama-nama kitab rujukan untuk saya rujuk.Sekian.
:wassalam

SU-135: Kencing berdiri?

:salam
Ingin mengajukan pertanyaan apakah hukumnya seseorang muslim itu kencing berdiri. Saya difahamkan oleh seorang rakan bahawa ianya merupakan perbuatan yang tercela. Benarkah perkara ini? Alasan kencing berdiri kerana kesukaran untuk membuka seluar dan dikhuatiri terkena percikan kencing pada seluar dan rata2 tandas awam kebanyankannya adalah dari jenis mangkuk yang tidak berapa bersih tempat duduknya.

SJ - 2889: [A+Z] Cara Rasulullah SAW Memakai Serban

Assalamualaikum,

Bagaimanakah cara Rasulullah SAW memakai serban? Saya perhatikan ada berbagai-bagai cara untuk melilit serban. Boleh tak ustaz-ustaz di al-ahkam nie terangkan cara yang disunahkan untuk melilit serban. Wasallam. :chef