September 2003

SU-00154: Menulis `al-Fatihah' di akhbar

:salam

(i) Menulis ["al-Fatihah"..... si fulan si fulan telah kembali ke rahmatullah pada sekian hari bulan... semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya .... amin" ] atau yang seumpamanya di dada-dada akhbar atau di tempat-tempat lain yang sepertinya -- apa pandangan Islam tentang paparan seperti itu ?

(ii) mengumumkan di tempat terbuka, dengan berkata :[" saya ingin memaklumkan.......... si fulan telah meninggal dunia....... marilah kita sama-sama doakan semoga rohnya ........... "al- Fatihah"]. Apa pandangan Islam tentang kata-kata seperti itu ?

:wassalam

SJ - 2959 : Solat sunat lepas terbit matahari.

Assalamualaikum.
Di sini saya ada beberapa kemusykilan. saya ada terndengar dlm satu penyampaian ada hadith yg mengatakan bahawa barang siapa yg solat subuh dgn berjamaah dan terus duduk sambil berzikir setelah selesai solat sehinggalah terbit matahari dan kemudiannya solat sunat 2 rakaat, Allah s.w.t akan beri ganjaran seolah2 dia mengerjakan haji/umrah yg diterima. Dan jika dia bersolat 2 rakaat lagi, Allah s.w.t akan selesaikan segala keperluannya pada hari tersebut.
Soalan saya: 1. apakah status hadith tersebut.

SU-00155: puasa bulan rejab

:salam...diharap pihak alahkam berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu.disini ana nak kemukakan satu soalan ttg puasa bulan rejab yang mana sangat2 diagung2kan oleh masyarakat kita.apa yang ana belajar dan dari pembacaan ana sendiri ana dapati bulan rejab hanyalah bulan suci didalam islam seperti bulan2 lain.anjuran berpuasa pada bulan ini selalu diwar2kan dan dikatakan mendapat banyak fadhilat.ana ada baca satu buku fiqh sunnah karangan sayid sabiq mengatakan tidak ada kelebihan menonjol bgnya(bln rejab) dari bulan2 lain kecuali ia termasuk bulan suci.

SJ - 2955: Pergi ke masjid kariah lain

:salam

Saya selalu pergi ke mesjid di qaryah bersebelahan kerana kuliah-kuliahnya mengikuti perkembangan semasa dan lebih baik berbanding di qariah sendiri, malah saya tidak lagi ke mesjid di qariah saya. Betulkah tindakan saya ini? Saya turut mengajak rakan saya untuk selalu ke sana untuk mengikuti kuliah tetapi dia tak mahu dengan alasan, "buat apa ke sana, masjid di kariah sendiri pun jarang pergi, inikan pula masjid lain". Bagaimanakah caranya untuk saya mematikan hujahnya?

Dari MUKMININ

:wassalam

SJ - 2960: [G+Z] Penyusunan ayat-ayat al-Quran

:salam
Q1. Al-quran diturunkan secara berperingkat-peringkat mengikut peristiwa yang berlaku. Bagaimanakah surah-surah dalam quran disusun dan ayat-ayat al-quran itu dikumpulkankan di dalam sesuatu surah sehingga seperti sekarang? Siapakah yang menyusunnya? Apakah faktor-faktor yang diambil kira?

Q2. Al-quran dan hadith diriwayatkan oelh para sahabat daripada Nabi saw. Bagaimana pula dengan hadith Qudsi? Bukankah ianya juga dari nabi tetapi dalam bentuk firman Allah? Jadi mengapa ia tidak menjadi ayat al-quran?