May 2004

SJ-06-0003 : Jamak taqdim; sampai sebelum luput waktu kedua

Salam Tuan Moderator (Akhi Tuan Hassan dll)

Saya pernah mengemukakan soalan ini tapi tak ada respons dari tuan-tuan semua. Puas saya rujuk kitab tapi tak jumpa. Yang akhir rujuk terjemahan Sheikh Mahmood berkenaan solat qasar dan jamak juga tak ada bincang.

Soalan sama: Solat Jamak Taqdim tapi apabila sampai kekawasan bermukim waktu yang kedua belum luput. Tuan menjawab sebelum ini BOLEH dan mengikut jumhur ulamak. Saya cuma nak tahu hujah dan nasnya.

SJ-12-0009 : tunang lagih..

sbb xleh reply so saya tepakse ulang..
mcm mana klau pendapat yg mengatakan ia x patut dihebahkan sbb jika putus tunang..maka jatuh maruah wanita yang ditunangi..maka x berapa elok disebar akan pertunangan itu..mcm base kitab plak..adakah nabi sebar akan satu2 pertunangan? :?:

SJ-01-0012 : Tawaf dll

Assalamualaikum..

1) ayah sy mengatakan bahawa asal usul tawaf adalah semasa kejadian nabi Adam a.s. Semasa Allah memerintahkan roh supaya masuk ke jasad Adam yang ketika itu masih lagi kelihatan seperti tanah yang busuk & buruk rupanya. Roh mengelilingi jasad tersebut sebanayak 7 kali & benarkah terdapat makam nabi Adam di bahagian bawah Ka'abah di Mekah itu?