May 2004

SJ-02-0003: Status Ahli Zimmah dalam Negara Islam

Assalamualaikum

Adakah pendapat yang berbedza berhubung dengan Ahli Zimmah tidak boleh menjawat Jawatan atau sebagai pegawai kerajaan dalam negara Islam saperti mana tafsir Ibnu Katsier surah AlMaidah ayat 118 ada menyatakan tidak boleh kerana dikuatiri kebocoran rahsia Pemerintahan Islam.
Bagaimana pula caranya untuk merealisasikan sebuah pemerintahan Islam dalam keadaan saperti yang ada di Malaysia ini sekiranya memang jawapannya tidak boleh?. Jazakallah khairan kathira' untuk pencerahan masaalah tersebut.

SJ-12-0006 : talak

Assalamualaikum ustat, saya ingin tahu adakah jatuh talak sekiranya si suami melafazkan "pergilah kau dari sisi aku", si isteri tidak dengar, dan ketika itu sekadar berseloroh. Saya ingin tahu apakah yang menyebabkan sahnya talak itu. dan keadaan² talak itu. Terperinci kalo boleh hendaknya.

SJ-01-0022: Yaqazah & Solat Awal

Asslmkm Wmt Wkt Ahli-ahli panel Al-Ahkam

1.Apa pandangan Islam terhadap konsep yaqazah ( berjumpa Nabi dalam sedar ) yang difahami oleh orang tarikat?

2.Adakah sah solat Maghrib yang dilakukan 3 minit lebih awal dari waktu yang dicatat dalam taqwim solat?

Jzkmllh