September 2004

SJ-12-0051: Sumpah Ibu Kandung

Harap para panel al-ahkam dpt membantu menyakinkan saya dalam persoalan di bawah:-

1. Wajar dan termakbulkah sumpah/doa kecelakaan oleh seorang ibu kandung terhadap anak perempuannya (janda), semata-mata kerana beliau tidak bersetuju dengan pernikahan anak perempuannya itu dengan suami orang.

2. Apakah langkah yang sesuai diambil oleh anak tadi setelah usaha untuk berbaik-baik dengan ibu kandungnya ditolak malah mendapat maklumbalas/tindak balas yang sangat negatif.

SJ-01-0036 : Bacaan Bismillah

Saya sering berasa was-was dalam bacaan Bismillah.. saya ingin tahu samada, bismillah itu dibaca dengan a) Bismillahirrahmaanirrahiim (la pendek & maa panjang) atau b) Bismillaahirrahmaanirahiim..(laa & maa panjang) atau c) Bismillahirrahmanirahiim..(la & ma pendek).

Bantulah saya mengatasi rasa ragu saya ini.
Terima kasih..

SJ-08-0005 : puasa ganti

Biasanya setelah saya selesai mandi, saya akan mengelap seluruh badan saya termasuk kawasan sulit (punggung). Walaubagai manapun, saya terlupa yg saya sebenarnya sedang berpuasa, jadi saya ingin meminta pandangan ustaz, adakah sah puasa saya itu atau saya perlu menggantinya semula?

terima kasih.

p/s: jika boleh saya ingin jawapan secepat yg mungkin..

SJ-05-0032 : Perihal Solat Sunat Tahiyatul Masjid

"Barangsiapa yang tidak dapat mengerjakan sembahyang Tahiyatul Masjid kerana hadas atau lain-lain sebab, dia disunatkan mengucapkan empat tasbih berikut: Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar."

Assalamualaikum,
Copy paste daripada permasalahan solat jumaat. Di sini saya ingin membuat pertanyaan.

1. Ada pendapat menyatakan kita masuk ke dalam masjid dan sekirannya terdapat masjlis ilmu sedang berlangsung maka bolehkan kita berselawat 3x lalu duduk untuk menyertai majlis. Soalanya tasbih spt di atas atau berselawat?