September 2004

SJ-13-0058 : Kaifiyat KIRIM SALAM ?

assalamu'alay-kum...

berhubung ngan soalan lepas di

http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=22963&highlight=salam

maka... bgmana pula yg selalu ana dengar sblm ni...

iaitu..cara menjawab slm yg DIKIRIM ialah :

'alaika wa'alaihimu-ssalam.. ??

WA

SJ-11-0055 : Dari pelaburan tukar ke zakat

Assalamu'alaikum

Panel Ahkam yg budiman

Saya telah membuat satu pelaburan (RM15K) ke dalam sebuah institusi pendidikan pra-sekolah (islamik). Dalam masa yang sama, saya memperolehi keuntungan daripada perjalanan pra-sekolah tersebut.

Soalan saya :
1. Setelah mengambilkira kesemua aspek, saya bercadang utk menukar pelaburan tersebut kepada zakat pendapatan @ harta. Adakah ia dibenarkan.?

SJ-10-0015 : air 'new water' singapore

a'kum sahabat sekelian,
mungkin soalan ini pernah diajukan, maaf jika soalan ini berulang. tapi sy dah cuba searh dulu n x jumpa pun...

jadi sy cuma nak tahu, halal ke x air new water singapore nie? sebagaimana yg kita ketahui, air nie hasil 'pembersihan' dari sisa kumbahan najis. sy pun dah cuba surf web MUIS. tapi x jumpa jugak. mungkin isu dah lama kot...

harap para ilmuan sekelian dapat membantu

wassalam

SJ-03-0018 Sambungan soalan bangkai anjing

Assalamualaikum.

Terima kasih panel ahkam kerana membaca soalan ini. Oleh keran soalan saya ynag terdahulu masih belum dijawab, saya kemukakan solan lanjutan, diharap dapat dijawab keduanya sekali.

Pakaian saya yang terkena najis bangkai anjing itu telah saya basuh dahulu menggunakan air mutlak sahaja, kemudian saya masukkan ke dalam mesin basuh dan dibsuh bersama pakaian lain, menggunakan serbuk cuci.

Adakah pakaian tersebut dikira suci dan boleh dibawa sembahyang, atau adakah saya perlu membasuhnya dengan air bercampur tanah juga?

Wassalam

SJ-12-0103 : wanita terpaksa menumpang!

salam ustaz

saya ada persoalan, apakah hukumnya saya terpaksa menumpang kereta kawan sepejabat yg bukan mahram ketika melakukan tugas di luar daerah...hal ini terpaksa dilakukan sebab pekerjaan itu hanya memerlukan 2 org pekerja iaitu saya dan dia ditambah pula saya tidak ada kenderaan sendiri...WA

sekian

SU-00349: Imam berpelat...

Assalamualaikum wrth wbh...

Seseorang yang tidak boleh menyebut huruf dengan baik(kebanyakannya ra', atau huruf sin dsbnya) kerana kelemahan sejak kecil bolehkah ia menjadi imam...Dan seandainya ditolak menjadi imam, maka sahkah solat makmumnya? Saya pernah terdengar bahawa selagi bacaan tidak mengubah makna, maka sah solat seseorang...bagaimana? Wallahua'lam..

SU-00348: money back warranty

Assalamualaikum..

saya di beritahu oleh seorang kawan bahawa dlm Islam kita di benarkan memulangkan kembali barang yg di beli drp peniaga jika ada sebarang kerosakan. pembeli pula berhak menerima kembali duitnya semula. Jadi amalan ini telah di jalankan di eropah & amerika adalah mengikut hukum Islam.

sejauh manakah kebenaran pendapat itu?