April 2005

SJ-13-0107 : Masalah doktor dengan pesakit

Assalamualaikum,

Apakah hukum seorang doktor melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap pesakitnya yg bukan mahram dengan berlakunya persentuhan kulit tanpa berlapik?

Adakah ini termasuk dalam keadaan darurat sebab ada penyakitlah pesakit tersebut datang untuk berjumpa doktor tersebut?

Bagaimana pula dengan hukumnya doktor yang terpaksa melihat aurat pesakitnya yg bukan mahram agar dapat memastikan penyakitnya?

SJ-12-0069 : Pernikahan dgn Jamil Kecil Sulong

Kategori : Munakahat
Tajuk :
fatwa Berhubung Kesahan Pernikahan Pasangan-pasangan Yang Telah Bernikah Secara Wali Hakim Dengan Bekas Naib Kadi Gopeng Yang Bernama Mohd. Jamil Bin Kechil Selepas Tarikh 22 Julai 1989.
Isu :

Keputusan :

SJ-01-0042 : Kekasih Allah...

Assalammualaikum..
Saya ada sikit persoalan utk akhi2 di al-ahkam...istilah 'kekasih Allah' tu hanya digunakan utk para Nabi dan Rasul aje ke?Boleh tak kita rujuk diri kita sbg kekasih Allah?Contohnya macam dalam doa.Saya sedikit musykil sbb saya ada terbaca komen yang menyatakan hanya para Nabi dan Rasul yang boleh digelar sbg kekasih Allah...sekian Wassalam...

SJ-13-0092 : tampal ayat Quran di cermin kereta...?

Assalamualaikum,

Disni saya ada satu permasalahan,bolehkah kita menampal ayat al-quran di cermin kereta atau dalam kereta seperti yang biasanya kita nampak seperti ayat kursi,doa naik kenderaan dan lain-lain.saya ada dapat satu email yang mengatakan tidak boleh,diharap ustaz dapat memberikan jawapannya.

Sekian.

SJ-13-0091 : ambil baju yang ditinggalkan

:salam

Mintak pendapat Tuan:

Sebelum ini,saya bersekolah di sekolah yang berasrama.Memanglah adat asrama,tak sah jika barang tidak hilang.Biasanya sebelum cuti semester, warden akan mengingatkan pelajar supaya mengutip baju di ampaian asrama supaya tidak dibuang oleh pekerja sekolah.Kebetulan saya balik lewat sehari kerana ada pertandingan sukan di tempat lain.Semasa saya berada di asrama(ketika cuti semester),saya dapati banyak baju dibiarkan.Sama ada mereka terlupa atau sengaja,Wallahua'lam.

SJ-12-0068 : Berkaitan rukun nikah...kalau tak cukup satu..?

Saya nak tanya berkaitan rukun nikah.....

1. Pengantin lelaki
2. Pengantin perempuan
3. Saksi
4. Wali
5. Akad

Andaikata...salah seorang pengantin, samada lelaki atau perempuan tidak dapat hadir semasa majlis...bolehkah majlis itu diteruskan tanpa kehadirannya? Ini mungkin disebabkan masalah tempat belajar (luar negara) dan kewangan, tetapi majlis mesti dijalankan kerana hukumnya sudah "wajib". Apa pandangan dan jawapan ustaz?

SJ-11-0030 :jual sesuatu berunsurkan islam kepada non muslim

assalamualaikum para panelis al-ahkam yang di kasihi...

baru2 ini, saya sempat bertemu seorang rakan saya yang bekerja di sebuah kedai yang menjual barang berunsurkan islam seperti kaligrafi ukiran, quran, poster2 nama2 Allah, dan sebagainya...

dia tanya kat saya, hari tu ada org kafir nak beli quran. kalau x jual takut bos marah pulak nanti. salah x kalau kita jual quran, kaligrafi kat non muslim?