April 2005

SJ-11-0029 : Pelaburan Maya

Saya terjumpa satu laman web http://www.robogold.biz/?robo=simee Boleh ke kita buat pelaburan seperti syarat di bawah ? Perniagaannya ialah pertukaran mata wang.
* Guaranteed Return is 200% - 250% of your investment in 100 days.
* Your Interest is Credited to Your Account EVERY 10 Minutes !
* You can run ANY number of Deposits / Withdrawals Every Day!
* Minimum for Investment is $ 1.00 !
* Minimum for Withdrawal is $ 0.05 !
* You can Cash Out Every 10 Minutes as soon as you earn 5 Cents or More!

SJ-12-0066 : Membuat Pakaian Mendedahkan Aurat...?

Assalamualaikum..

Disini saya ada satu masalah yang ingin saya utarakan,seorang tukang jahit menjahit pakaian biasanya pakaian wanita yang mendedahkan aurat ataupun menampakan bentuk badan.apakah hukumnya?saya pernah tanya seorang ustaz apa hukumnya,jawapannya harus,tetapi saya masih ragu-ragu,diharap dapat menyelesaikan masalah saya... sekian

SJ-03-0024 : Soalan bersuci dari non-Muslim

:salam

Harap panel ahkam dapat menjawab soalan ini yang ditujukan kepada saya melalui email oleh seseorang :

Assalamu'alaikum,

Saya di datangi oleh seorang berbangsa barat yang bertanya mengenai "Kenapa Islam Menitik Beratkan Bersuci Sebelum Sembahyang". Memandangkan saya kurang fasih berbahasa inggeris, saya merasakan penjelasan yang telah saya berikan kurang memuaskan hati beliau. Saya pohon penjelasan dari pihak tuan.
Penjelasan yang pihak tuan berikan akan saya cetak dan saya berikan kepada beliau untuk bacaan beliau.

Terima Kasih.

SJ-11-0028 : persoalan zakat

assalamualiakum...

1. adakah emas putih kena bayar zakat macam emas biasa? kalau kena, bagaimana pula dengan permata2 lain yang lebih berharga dari emas, cm berlian ke, adakah qias dengan emas jugak?

2. kanak2 x cukup umur kena zakat x atas barang emas dia?

3. emas kalau dok kat pajak gadai?

4. kadar masa yang dikira 'pakai' emas tu camne ek...

SJ-12-0096 : Sakitnya nak bersalin.......

:salam

Moga dirahmati Allah semuanya,

Maklum ler, pompuan jika bersalin kadang2 tu sampai 11 - 18 jam menahan sakitnya nak bersalin nie...Dalam masa tu, mereka hanya mampu berbaring menahan kesakitan.

Jadi dalam masa sebelum bersalin tu...solat masih wajib atas diorang atau tidak???...atau wajib solat sehinggalah kuar anak beserta darah nifas??....kalo tak solat kena qada' ler jawapnyer...gitu ker???...

Minta penjelasan abang2 panel...

SJ-07-0012 : lambat berdoa bersama imam

:salam

saya ingin bertanya,
pada suatu ketika saya masbuk mengikut solat jemaah. apabila selesai solat, saya dapati imam sedang membaca doa diikuti jemaah2 lain yg mengaminkan. dalam doa tersebut didapati tahmid dan juga selawat nabi telah melalui saat saya mengangkat tangan untuk mengaminkan doa mengikuti imam. soalannya, perlukah saya membaca tahmid dan juga selawat nabi untuk memulai doa, walaupun imam telah melalui pada permulaan awal doa tadi? atau ikut sahaja mengaminkan bersama jemaah2 yg lain tanpa tahmid dan selawat nabi?

itu sahaja. terima kasih

SJ-13-0141 : emas, perak dan waktu haram

Assalamualaikum Wmt Wkt

Semoga Allah merahmati ahli-ahli panel al-ahkam dan kita semua,
1.Adakah haram memakai medal emas atau perak tulen ketika majlis penyampaian hadiah sukan?
2.Bilakah dianggap seseorang itu mendapat pahala kerana meninggalkan perkara haram, adakah ketika perkara haram menghampirinya lalu ia menjauhinya atau selama mana perkara haram belum lagi menghampirinya maka selagi itu ia mendapat pahala.

Jzkmllh, Wassalam