April 2005

SJ-13-0096 : Qadha' solat ...????

Assalamualaikum...
Maaf mengganggu kepada sekalian semua...begini sebenarnya...

Baru-baru ni saya ada mengikuti sahabat saya ke laut ( first time ) untuk mencandat sotong...

untuk itu kami perlu bermalam di laut selama semalam..ape yang berlaku sebenarnya ialah apabila kami sampai di tempat di mana kami akan bersauh....ombak begitu kuat... lalu menyebabkan saya mabuk laut ( nak muntah )...

SJ-13-0095 : alkohol dalam ubat yang disuntik

:salam

saya dah baca daripada arkib soal jawab tentang alkohol dalam wangian dan makanan dan lain-lain. timbul satu kekeliruan dalam diri saya iaitu, bagaimana pula alkohol yang terkandung dalam ubatan yang digunakan oleh doktor untuk mnyuntik pesakit?

iaitu saya rasa ia(alkohol) tak dihasilkan melalui kaedah pemeraman seperti arak. dan juga bukan melalui makan ataupn minum. tetapi ia sama dengan minum juga dari segi alkohol tu masuk dalam saluran darah seperti orang yang minum arak juga. jadi apakah hukumnya sertai pendapat ulama tentang perkara tersebut??

SJ-03-0026 :bahan dr sumber haiwan halal yg tidak disembelih

assalamualaikum....

nak bertanya sedikit kemyuskilan......
apakah hukumnya menggunakan barangan utk kegunaan luaran (bukan makanan) seperti sabun, ubat gigi, bedak dll yg mengandungi bahan dari sumber hawaian yg halal seperti lembu, tetapi tidak disembelih mengikut cara islam?

harap dapat jawapan yg segera. TQ

SJ-01-0043 : apakah status hadith ini??

:salam

semasa saya mendengar ceramah dari seorang ustaz,dia ada menyebutkan tentang sebuah hadith yg lebih kurang maksudnya..."sesiapa yg melebihkan perbelanjaan kpd keluarganya pada hari asyura,maka ALLAH swt akan menambahkan dan meluaskan rezekinya untuk setahun pada tahun itu"..au qama qal

persoalannya apakah status hadith ini kerana secara umumnya untuk detect hadith yg daif ni adalah jika buat sesuatu yg kecil tetapi pahalanya berlipat ganda...

minta komentar

SJ-06-0020 : Jarak dan tempoh mengikut syafie...

:salam

1. Berapa jarak yang disepakati ulama' Syafi'ie untuk membolehkan solat jama' dan qasar dilakukan?

2. Berapa harikah yang dibolehkan bagi seseorang musafir untuk melakukan solat jama' jika dia bermusafir dan bermalam di satu tempat selama empat malam lima hari?

SJ-12-0090 : Susunan wali...wali uzur?

:salam

Di sini saya ingin bertanya beberapa soalan:

1. Bolehkah panel berikan senarai wali bagi perkahwinan anak perempuan ?

2. Jika mengikut susunan wali, ialah adik beradik lelaki sulung bapa telah uzur dan nyanyuk, bolehkah adik lelaki bapa saudara menjadi wali?

3. Jika berlaku wali ingkar, (bapa ingkar untuk jadi wali nikah), bolehkah menggunakan wali abang kandung?

:wassalam

SJ-13-0097 : campur-campur

:salam

semoga kita semua di bawah keredhaan Allah.saya ada beberapa soalan:

1.betulkah meluruskan rambut(daripada kerinting) itu dikira mengubah ciptaan Allah?

2.apakah perbezaan antara loteri dengan cabutan bertuah?adakah loteri itu memerlukan pembayaran sebelum cabutan?tak gitu?

SJ-13-0093 Tangkap Gambor 3 Orang..Mati Salah Seorang.....

:salam

Moga dirahmati Allah kesemuanya...

Tangkap gambor kena ada 2 org atau 4 org...kalo 3 org...mesti salah seorang mati....Nie kepercayaan berdasarkan dalil atau sebaliknya???!!!

Bagaimana kalo kita percaya???!!!! kepercayaan khurafat ker??? bleh terjejas aqidah tak???

Confius ler.... ::roll:

:wassalam

SJ-05-0092 : Yang mana perlu diutamakan?

:salam ahli panel al-ahkam,
Apabila bertembung dua keaadan berikut yang mana perlu diutamakan:-
i. Masuk je waktu solat terus sembahyang secara bersendirian (menyegerakan solat); atau
ii.Menunggu seseorang (kadang-kadang hingga ke penghujung waktu solat) semata-mata untuk sembahyang berjemaah (melewat-lewatkan solat);
boleh ahli panel terangkan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis dalam persoalan di atas!!

SJ-07-0014 : Insurans..,.Pusaka kah dia?

:salam

Zaman sekarang ini, pelbagai syarikat insurans telah wujud dan ada antaranya adalah syarikat yang menamakan program mereka takaful...bagi insurans untuk orang islam dan bukan islam tapi menggunakan konsep islam.

Soalan saya: 1. Adakah wang ganjaran yang diterima daripada takaful insurans kepada penama si mati termasuk sebagai harta pusaka si mati?

2. Wajibkah di bahagikan wang ganjaran tersebut mengikut kaedah pembahagian harta pusaka menurut islam atau terpulang kepada penama untuk mengagihkan wang tersebut?

Sekian. :8: :wassalam