May 2005

SJ-03-0033 : cara hilangkan rasa n bau najis...?

assalamualaikum panelis al-ahkam yang dikasihi...

saya ada satu kemushkilan,

nak hilangkan najis kita kena hilangkan warna, bau, dan rasa sesuatu najis tu kan? kalau warna n bau tu mungkin senang kita nak buang. tapi kalau rasa tu camna pulak? camna kita nak tau rasa najis tu dah x de lagi kat situ...?

pasal nak hilangkan bau najis tu, bolehkan kalau kita guna febreeze yang diiklankan kat tv tu? atau mesti basuh sampai hilang? kalau guna wangian lain camna pulak?

wassalam

SJ-11-0043 : lanjutan : Menerima pemberian dr wang judi

Saya ingin bertanya soalan berulang.. merujuk kepada soalan SJ-2371: Menerima pemberian dari wang hasil judi, ust THTL telah menyatakan bahawa wang judi yang dibelanjakan itu adalah haram. Tetapi saya pernah mendengar hal ini disebut oleh Ust Dr Asri Zainul Abidin. Contoh yang beliau berikan adalah umpamanya seorang yang berhutang dengan kita membayar hutangnya dengan wang judi yang dia menang. maka kita halal mengambilnya. kerana wang itu kepadanya adalah judi, tetapi kepada kita adalah bayaran hutang. minta penjelasan Ust dalam hal ini..jazakallah khair

SJ-05-0068 : Baca doa sambil menadah kedua tangan

Saya ada terbaca terjemahan Al-Ajwiba An-Naafi'ah 'an As 'ilati Lajnah Masjid Al-Jaami'ah karangan Imam Al-Bani dekat laman web [web]http://www.ibn-qayyim.info/node/[/web] .Salah satunya ada menyatakan antara perkara bidaah adalah "Jemaah membaca doa sambil menadah kedua tangan ketika Imam duduk diatas mimbar diantara dua khutbah (Al-Manaar 6/793-794, 18/559)". Selalunya yg saya dengar ustaz2 kata waktu nilah antara waktu yang dimakbulkan klu berdoa.
Minta komen ustaz....

SU-00364 : Solat atas kenderaan

Asalammualaikum...salam keceriaan buat akhi2 di al-ahkam...saya ada sikit kemuyskilan...kalau contohnya kita dalam flight dalam jangka masa yang lama...boleh tak kalau kita tunaikan solat dekat tempat duduk tu aje...dan saya penah dengar tentang solat meraikan waktu...contohnya kita solat dekat dalam flight semata2 utk meraikan waktu...lepas tu kena qadha balik solat2 dalam flight tu...ada ke solat meraikan waktu tu...tolong ye...terima kasih banyak2... ::wink: ...

SJ-05-0065 : Masjid 2 Tingkat......

:salam

- Pembinaan masjid 2 tingkat.....bagaimanakah ciri pembinaan masjid 2 tingkat agar menepati dari segi hukum untuk jemaah bersolat??...sbb saya pernah terdgr (mungkin silap dgr) salah seorg ahli jkuasa syariah negeri perak memberikan ciri2 yg patut ada....mestilah tangga untuk naik ke atas mengadap kiblat....harap pihak panel memperincikan lagi

- Hukum bagi makmum yang bersolat di tingkat atas sedangkan imam berada di bawah dan bagaimana sebaliknya?

Sekian terima kasih.

SJ-13-0103 : Soalan: Status Hadis Bercakap Semasa Azan

Ana ingin bertanya tentang status hadis ini..

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Adakah betul ini hadis dari Nabi atau hadis maudhu'...?

Dan kalau dibolehkan bercakap semasa azan, adakah percakapan itu hanya untuk menjawab azan ataupun boleh bercakap berkaitan perkara lain ?