May 2005

SJ-05-0069 : solat isyak

aslm wbt..ini emel dr seorang kwn saya kpd saya..maybe panel ahkam dpt menjwb
-------------------------------

assalamualaikum wbt..
ana pun ada buat sikit research pasal solat isyak kat cn n ana dah pun bincang ngan roomate ana. kalau ada kesilapan, sila betulkan ana

Riwayat dari Abu Hurairah maksud hadith: Kalaulah tidak menjadi kesusahan kepada umatku, nescaya aku menyuruh mereka melewatkan solat Isyak sehingga kepada 1/3 malam ataupun separuh malam. HR Ahmad, Ibn Majah, dan At-Tarmizi mengketegorikan hadith ini sebagai sahih.

SJ-01-0052 : Sufi yang tak berdakwah

Apakah pandangan Islam mengenai orang-orang sufi yang tidak melakukan kerja dakwah , amar maaruf nahi mungkar dan gerakan Islam . Apa yang saya lihat akhir-akhir ini ada segelintir diantara mereka hanya duduk dalam kumpulan mereka sahaja . Mereka sajalah yang benar dan yang haq . Bukannya bermaksud untuk memperkecilkan golongan ini , sayapun bertarikat tetapi ada semacam berlaku sedikit kekeliruan dan kemusykilan di hati apa yang berlaku kepada golongan sufi , gerakan Islam dan lain-lain lagi golongan dakwah .

SJ-05-0088 : arah kiblat dan matahari terbenam

assalamualaikum
nak tanya, saya ddulu dapat petua yg kalau nak cari arah kiblat, cari arah matarhari terbenam (barat). adakah petua ini boleh digunakan kat malaysia saja atau boleh dipakai di luarnegara? sejauhmanakah kebenaran petua ni (atau dlm bahasa ringkasnya, btul ker nih?)

SJ-13-0133 : Sumpah Lagha ke Nie????

:salam

Moga dirahmati Allah...

Maaf...saya bercerita skit....kawan saya satu ketika dulu pernah menyertai satu persatuan pelajar...dan pada akhir sesinya...pemilihan (undi) akan dilakukan...adalah satu 'gerakan' ni...yang anggotanya kebykkannya ahli persatuan terbabit...telah mengedarkan nama2 cadangan kepada ahli 'gerakan' terbabit yg juga ahli majoriti persatuan tersebut utk dicalonkan atau dipilih sbg Ahli Majlis Tertinggi (AMT).....

SJ-05-0067 : Sembahyang Jumaat ketika musafir

Saya dari Kuala Lumpur akan bertolak ke Johor Bahru pada hari Jumaat jam 9.00 pagi . Dijangka sampai pada 2.00 petang dengan menaiki bas ekspres . Soalan :-

1. Apakah saya boleh meninggalkan solat Jumaat ?
2. Apakah saya boleh jamak kan sahaja dalam waktu asar ?
3. Saya pernah dengar pendapat lain iaitu solat Jumaat tidak perlu dibuat apabila musafir sebelum masuk waktu sembahyang subuh . Bagaimana tentang perkara tersebut ?

SJ-01-0051 : asal usul sifat 20..?

a'kum panelis ahkam sekelian...

baru-baru ni, saya ada berjumpa dengan seorang pelajar fakulti usuluddin dari universiti malaya.

dia sekarang tengah menyiapkan kertas kerja untuk dapatkan ijazah dia. yang menariknya, dia nak kaji pasal sifat 20. dia kata sifat 20 tu asalnya x ujud langsung. kira dia kata salah kalau kita sifatkan Allah dengan sifat 20 tu...

dia ada sebut ayat- subhaa na rabbika rabbul 'izzati 'amma yasifuun... ada lagi la hujah dia, sy pun x igt...

saya pun x tau nak jawab...

harap dapat membantu

SJ-11-0039 : zakat untuk duit yang x boleh guna lagi...

assalamualaikum panelis ahkam sekelian...

saya nak bertanyakan mengenai wang kita contohnya yang masih lagi dalam kwsp. wang ni x boleh pakai lagi selagi tidak berhenti kerja. tapi ada org kata, walaupun kita x boleh pakai, duit tu dah lama cukup nisab, dah lama cukup haul, kita kena keluarkan zakat bagi duit carumah kita sahaja, tidak termasuk caruman majikan...?

kalau camtu, camna pulak dengan duit fixed deposit, duit insuran...

harap dapat penjelasan...

tima kasih...