March 2006

SJ-05-0121 : pendapat paling kuat(Solat)

:salam Ustaz

Seorang Ustaz berkata:
kita solat dengan Imam(rakaat 3,4)kalau tak sempat baca Fatihah boleh terus rukuk bersama Imam sebabnya Imam itu diikuti perbuatannya......!

Lagi sorang Ustaz kata:
kita kena habiskan Fatihah dan baru boleh rukuk bersama Imam.....sebabnya x sah solat tanpa Fatihah.....rakaat 1,2 takpe sebab ada khilaf......

mana yang kuat Ustaz..... ::roll:

SJ-07-0029 : kemandian jenazahan

Assalamualaikum

Siapa tahu penyelesaian hukum ini. Seorang lelaki yang meninggal dunia. Dimandikan oleh bekas isterinya ( telah bercerai ). Dimandikan oleh bekas isterinya itu apakah dibolehkan dalam pandangan agama? Sah ka mandi jenazah si lelaki itu dan batalkah whuduk si bekas isteri itu.

Kalau boleh nak tahu pandangannya dari empat mazhab.

SJ-12-0110 : WANG HANTARAN

:salam

Saya nak tahu lebih lanjut. Mas kahwin ialah pemberian wajib daripada suami kepada isteri sebagaimana yang telah saya baca dalam ruangan ini, mahar musamma ialah mahar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Negeri. Dan itu ialah hak milik isteri sepenuhnya. Adakah wang hantaran juga contohnya mas kahwn RM 80 dan hantaran (belanja kahwin) RM 8000, wang hantaran sebenarnya hak milik siapa? adakah hak milik bakal isteri sepenuhnya ataupun hak milik ibu apa bakal isteri.

:wassalam

SJ-03-0041 : darah

:salam

pertama sekali saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana pihak al-ahkam sudi menjawab soalan saya sebelum ini.

saya igin bertanya berkenaan dengan darah.

soalan saya:

1) Adakah percikan darah ikan atau ayam yang terkena pada baju semasa penyediaan untuk memasak di kira sebagai najis.

2)bolehkah baju itu dipakai untuk di bawa bersembahyang

3)bolehkah baju itu dicampur dengan pakaian yang lain dan dibasuh dengan mesin basuh tanpa membilasnya terlebih dahulu

sekian,

:wassalam

SJ-13-0176 : syukur kpd sabab

akom

adakah sahih kita perlu bersyukur kpd sabab? iaitu seperti sebab kita pandai cikgu ajar...

bagaimana kita nk menerangkan kpd org lain konsep syukur kpd Allah dan sabab?

kerana ada org kata segalanya Allah yang lakukan. adakah sahih nabi suruh jika mcm berterima ksih kpd sabab atau berusaha mendapatkan sabab sprti ubat?