March 2006

SJ-05-0125 : SOLAT DALAM FLIGHT - URGENT!!!

:salam

1- Bagaimana kita nak kerja solat dlm flight??...
2- kalo kita menuju ke mekah...arah flight semestinyer ke arah mekah....
kalo kita balik dr mekah...semestinya kita solat mengadap ke arah malaysia...jadi bagaimana nak mulakan solat???
3- Ahli panel boleh tak berikan panduan terbaik dan termudah buat mereka yg rajin travel...utk mereka mengerjakan solat dalam perjalanan yang menggunakan kenderaan awam...seperti kapal terbang...bas...keretapi...dan sebagainya....

SJ-05-0126 : solat sunat witir

saya ingin tahu kalau kita dah buat solat witir sebelum tidur, kemudian terbangun awal dan ingin solat tahajud,adakah kita boleh lakukannya sedangkan apa yang saya tahu witir tu sebagai penutup ibadah, ataupun adakah yang namanya solat untuk buka solat witir atau kita teruskan sahaja qiamulail tanpa solat witir lagi, perkara ni biasa terjadi waktu bulan ramadhan dimana kita witir secara berjemaah di surau atau masjid, boleh panel al-ahkam jelaskan dengan lebih detail.syukran

SJ-12-0114 : Tanggungjawap Anak Perempuan yg Berkahwin

:salam

Saya ingin mengajukan soalan pada ahli panel berkenaan tanggungjawap anak perempuan yang telah berkahwin ke atas ibu bapanya.

Saya difahamkan yang seseorang wanita setelah berkahwin harus menghormati/ taat pada Allah dan Rasul kemudian suaminya, ibu-bapa mertuanya dan barulah ibu bapanya.. betul kan?

Jadi persoalannya di sini, adakah menjadi tanggungjawap anak ini untuk memberi wang saku secara monthly kepada kedua ibu bapanya (bukan sedekah tetapi compulsory monthly payment) sedangkan dia telah berkahwin?