SJ-05-0126 : solat sunat witir

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0126 : solat sunat witir

saya ingin tahu kalau kita dah buat solat witir sebelum tidur, kemudian terbangun awal dan ingin solat tahajud,adakah kita boleh lakukannya sedangkan apa yang saya tahu witir tu sebagai penutup ibadah, ataupun adakah yang namanya solat untuk buka solat witir atau kita teruskan sahaja qiamulail tanpa solat witir lagi, perkara ni biasa terjadi waktu bulan ramadhan dimana kita witir secara berjemaah di surau atau masjid, boleh panel al-ahkam jelaskan dengan lebih detail.syukran

SJ-05-0126 : solat sunat witir

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr halimi dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Soalan solat witir sebelum atau selepas tidur ini pernah dibincangkan didalam Soal jawab sebelum ini. 'Ala kulli hal (walau bagaimana pun), kita akan bincangkannya secara ringkas disini.

Solat witir merupakan solat sunat terakhir didalam satu malam. Sabda Nabi :saw :-

ÇÌúÚóáõæÇ ÂÎöÑó ÕóáóÇÊößõãú ÈöÇááøóíúáö æöÊúÑðÇ
"Jadikanlah solat terakhir pada malam sebagai solat witir" [Hadith riwayat al-Bukhari #998, Muslim #751].

Apabila solat witir telah dilakukan, tidak perlu lagi diulangi pada malam tersebut. Sabda Nabi :saw :- Diiriwayatkan oleh Talq ibn Ali berkata : Saya telah mendengar Rasulullah :saw bersabda :-

áÇ æÊÑÇä Ýí áíáÉ
"Tidak ada dua witir dalam satu malam" [Hadith riwayat al-Tirmudzi #470, al-Nasaa'i #1679, Abu Daud #1439. Dikelaskan sahih oleh syikeh al-Albani didalam Sahih al-Jaami' #7567]

Dengan kata lain, apabila seseorang yang telah melakukan solat witir sebelum tidur, maka apabila dia terjaga malam lalu melakukan solat tahajjud, tidak perlu lagi dia 'membuka solat witir' ataupun melakukan solat witir lagi.teruskan sahaja solat sunat yang lain. Soalan ini pernah ditanya kepada bekas Mufti Arab Saudi, syiekh Abdul Aziz bin Baaz :-

æÓÆá ÇáÔíÎ ÇÈä ÈÇÒ :
ÅÐÇ ÃæÊÑÊ Ãæá Çááíá Ëã ÞãÊ Ýí ÂÎÑå ÝßíÝ ÃÕáí ¿
ÝÃÌÇÈ : ÅÐÇ ÃæÊÑÊ ãä Ãæá Çááíá Ëã íÓÑ Çááå áß ÇáÞíÇã Ýí ÂÎÑå ÝÕá ãÇ íÓÑ Çááå áß ÔÝÚÇð – íÚäí ÑßÚÊíä ÑßÚÊíä - ÈÏæä æÊÑ ¡ áÞæá ÇáäÈí Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó : (áÇ æÊÑÇä Ýí áíáÉ) .
æáãÇ ËÈÊ Úä ÚÇÆÔÉ ÑóÖöíó Çááøóåõ ÚóäúåÇ Ãä ÇáäÈí Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ßÇä íÕáí ÑßÚÊíä ÈÚÏ ÇáæÊÑ æåæ ÌÇáÓ ¡ æÇáÍßãÉ Ýí Ðáß -æÇááå ÃÚáã- Ãä íÈíä ááäÇÓ ÌæÇÒ ÇáÕáÇÉ ÈÚÏ ÇáæÊÑ

"Soalan : Jika saya telah bersolat Witr pada awal malam, kemudian saya bangun solat pada akhir malam, bagaimana harus saya solat?

Jawapan : Jika anda telah solat witir pada awal malam kemudian Allah memudahkan kamu berqiam pada akhir malam, maka solatlah mana yang anda mampu, yakni dua rakaat, dua rakaat - tanpa witir. kerana Nabi :saw bersabda : Tidak ada dua witir dalam satu malam.

Dan telah diriwayatkan dari A'isyah ra. bahawa Nabi :saw pernah bersolat 2 rakaat selepas witir dalam keadaan baginda duduk, hikmah melakukan begitu cuma Allah yang tahu - adalah ingin memberitahu kepada manusia bahawa dibenarkan solat selepas witir" [Majmu' fataawa al-Syiekh ibn Baaz, 11/311].
-------------

Dalam kes melakukan witir bersama Imam didalam solat tarawih, Syiekh Jibrin mengatakan bahawa adalah lebih baik bersolat bersama Imam solat witir secara berjemaah. Beliau mengatakan inilah amalan yang dilakukan oleh Imam Ahmad dan ulama' 2 lain. [Fataawa ramadhan, ms 826]. WA.

wassalam

خيرالأمين