March 2006

SJ-13-0178 : Susuk

Assalamualaikum,
Maaf kalau soalan berulang,tapi ana dah ty search tapi macam tak jumpa pertanyaan ni.
Ana ada kawan baru memeluk islam,baru berkahwin,ingin membuang susuk.
Dia rasa sangat berdosa dan terasa diri tak suci selagi susuk tu masih ada.Dia tel;ah tersedar dan ingn merahsiakan ini dari suaminya. Bolehkah pihak al-ahkam memberi penjelasa bagaimana ak membuang dan apakah yang perlu dilakukannya.
Buat pengetahuan pihal ustaz2, orang yang memakaikan susuknya ialah orang islam dan dia sendiri tidah dapat menghubungi orang itu kembali utkmembuang.

SJ-05-0136 : Soalan kiraan waktu solat

Assalamualaikum...

Saya ingin bertanya tentang beberapa kaedah kiraan waktu solat yang dilakukan.

i. Isya' mengikut kaedah Shafaqul Ahmar (hilangnya cahaya merah) dan Shafaqul Abyad (hilangnya cahaya merah sepenuhnya)
ii. Asar menurut mazhab hanafi, yakni apabila bayang-bayang adalah 2 kali ganda panjang objek berbanding mazhab lain.

Apakah dalil dan manakah yang lebih kuat di antara yg di sebut di atas..jzakallah khair

SJ-06-0027 : Jamak Sahaja

:salam

Saya inginkan sedikit kepastian berhubung 2 kes ini.

Kes 1
Katakan saya sedang bermusafir pada waktu Zuhur dan saya kira saya akan tiba di rumah pada waktu Asar. Kemuskilan saya ialah bolehkah saya solat jamak takhir di rumah (tanpa qasar)?

Kes 2
Katakan saya akan bermusafir dan waktu Zuhur sudah masuk. Kemuskilan saya ialah bolehkah saya solat jamak taqdim di rumah (tanpa qasar)?

Kedua-dua kes di atas ialah kerana sukarnya mencari tempat solat semasa musafir (kerana di luar negara dll.).

SJ-05-0123 : Haram solat waktu syuruk

Assalamualaikum..

Salam buat ustaz² semua.. Saya pernah dengar ada sorang ustaz mengatakan bahawa haram solat pada waktu syuruk (lepas waktu subuh, sebelum dhuha) ada yang bertanya pada ustaz tersebut.. " macamana sekiranya terlewat bangun, subuh baru saja berlalu. maksudnya.. masa itu adalah waktu syuruk? adakah haram kita qada subuh masa tu?" jawapan ustaz itu adalah " ya.. haram solat waktu itu dan hendak lah qada subuh tu, selepas habis waktu syuruk iaitu apabila masuk waktu dhuha"