August 2007

SJ-08-0045 : Permasalahan istihadhah dan puasa

:salam ,
minta bantuan para panel menerangkan permasalahan wanita istihadhah yang ingin berpuasa,sama ada puasa di bulan Ramadhan ataupun sekadar puasa sunat atau puasa ganti.
Harap dapat keterangan kerana dari carian sekadar penerangan sekitar permasalahan wanita istihadhah dan solat,terima kasih.

SJ-14-0066 : Status hadith bercanggah

:salam

i) Apakah kaifiat bg seorg muttabi' dlm mengimani satu2 hadith, terutamanya yg saling bercanggah darjatnya mengikut tahqiqan pelbagai muhaddithin? Ada bbrp ahlul hadith mengangkat sesuatu hadith itu sbg sahih, ada pula yg lain mendhaifkan hadith yg sama. Ada pula yg sampai menstatuskan hadith tsb sbg mungkar, maudhu', dsb.

SJ-03-0078 : lanjutan dr pelbagai masalah

orang yang berpenyakit kencing tak lawas,dan keluar angin berterusan

....jika sudah berwuduk,tapi dalam waktu menunggu imam untuk memulakan sembahyang,terasa terkencing atau keluar angin ,perlukah dia menukar seluar dalam dan berwuduk semula,begitu juga jika keluar angin,perlukah dia berwuduk sekali lagi?

SJ-13-0277 : Arab X sbb ibubapa, tapi ditentukan oleh lidah

Question: There is a hadîth that whoever speaks Arabic is an Arab. It this hadîth authentic?

Answered by the Fatwa Department Research Committee - chaired by Sheikh `Abd al-Wahhâb al-Turayrî

The text you refer to is: “Being an Arab is not because of your father or mother, but being an Arab is on account of your tongue. Whoever learns Arabic is an Arab.”

This hadîth is related by Ibn`Asâkir in Târîkh Dimashq. It is a very weak hadîth. Ibn `Asâkir, al-Dhahabî and al-Nasâ’î declared its narrator, Salmân b. `Abd Allah to be extremely weak and unreliable.

SJ-12-0189 : Berfikir utk kahwin dua dari awal lagi?

:salam

Maaf jika soalan saya termasuk dlm kategori melampau/tak perlu ditanya. Tp, bagi menghilangkan kekeliruan, ingin jg bertanya apakah hikmahnya Allah menurunkan ayat 3 surah AnNisa , khususnya disebutkan dua dahulu, kemudian tiga, kemudian empat, akhir sekali satu. Saya pernah ditanya oleh seorang non-muslim ttg ayat ini, seolah2 ia berbunyi spt berkahwin dua itu yg patut difikirkan/digalakkan dahulu pada semua muslimin, kecuali jika tidak berkemampuan. Adakah hujjah dari tafsir yg muktabar mengenainya??

jkk

SJ-11-0118 : ZAKAT ikut tarikh masehi atau hijrah?

:salam

1. Selama ini saya membayar zakat pendapatan saya mengikut tahun masehi iaitu pengiraan jumlah pendapatan bagi JANUARI-DISEMBER setiap tahun. Adakah perbuatan saya ini salah?

2. Sekiranya saya mula bekerja pada JUN2006, bolehkah saya membayar zakat pendapatan saya berdasarkan pro-rate dari JUN06-DIS06 bagi zakat pendapatan tahun 2006.

Contohnya:
2.5% x RM2500 x 6 bulan = RM375 (zakat pendapatan)

Harap dapat bantu.
Terima kasih.

SJ-03-0077 : sisa air kencing

:salam
Kadangkala selepas membuang air kecil dan mencuci tempat keluarnya, masih terasa ada yang terkeluar selepas mencucinya dan dikhuatiri mengotorkan seluar, jadi nanti tidak boleh pula nak digunakan untuk sembahyang. Jadi adakah cara yang boleh membuatkan kita pasti yang membolehkan kita tidak perlu berwas-was lagi selepas mencuci tempat keluar kencing itu?