August 2007

SJ-03-0079 : air terpecik..

:salam

adakah kita perlu mengambil kisah jika seseorang itu berwuduk
kemudian air basuhannya terpercik kepada kita...
cthnya jika seseorang memakai selipar membasuh kakinya/terkena lantai
kemudian air itu terpercik kepada kita, boleh jadi di tapak selipar itu ada najis. adakah kita perlu membasuh pada anggota yg terkena percikan tersebut.

fenomena kedua jika seseorang membasuh apa2 yg terkena najis,
kemudian air itu terpecik pada kita, adakah kita perlu membasuhnya?

SJ-14-0073 : Masalah berkenaan hadis berjabat tangan

Assalamualaikum kepada panel al-ahkam,

"Benar, dia ada komen tentang Hadis berjabat tangan (musalsal bil musofahah), tetapi hadis itu ada dua jenis. Ada hadis musalsal bil musofahah anasiyah dan ada hadis musalsal bil musofahah mu'ammariyah.

Adapun musalsal bil musofahah (berjabat tangan) anasiyah, maka hadisnya sahih. Tiada lagi persoalan tentangnya kerana diriwayatkan daripada orang-orang yang dipercayai"

quotation diatas daripada Ustaz Mukhlis

SJ-12-0199 : Nifas lagi

Salam

Sambungan pada persoalanan saya yg masih belum dijwb oleh panel ahkam. Saya menelaah al-firdaus.com dan cuba meleraikan beberapa permasalahan disini. Boleh tak panel al ahkam menerang kan beberapa masalah kesihatan spt berikut;

Terlebih dahulu definasi yg difahami
a. haid - darah yang keluar secara fitrah pada wanita, boleh jadi secara tetap(regular) atau tidak tetap(irregular)
b. nifas- darah yang keluar akibat tolakan, esp masa beranak atau miscarriage/keguguran atau mgkn abortion(betul tak kalau induce ni)
c. istihadah - darah dari penyakit

SJ-13-0290 : Gelaran kepada Ali bin Abi Talib

Assalamualaikum kepada panel al-ahkam.

Gelaran kepada Ali ialah karramallahuwajhah

solannya

1) siapakah yang memberi gelaran yang hebat ini ?
dan adakah hadis yang sahih daripada ulama yang muktabar untuk menyokong dakwaan ini?

2) adakah gelaran ini gelaran yang sampingan seperti Abu Bakar as-siddiq
umar al-faruq atau sebaliknya?

SJ-12-0197 : Makan benda 'panas' utk elak mengandung?

Assalamu 'alaikum...

Tuan panel fiqh yg dihormati,

Saya diberitahu oleh rakan saya yang isteri beliau kadang2 mengamalkan memakan makanan panas (eg nenas) bagi menjarakkan anak. Ini dilakukan terutama apabila tarikh yg sepatutnya berlaku haid, tetapi lambat (tak berlaku). Akibat risau akan mengandung, maka isteri beliau akan memakan 'makanan jenis panas' tersebut. Setakat ni, dia kata menjadi je...

PENJELASAN KAJIAN STATUS HADIS LARANGAN BERPUASA SELEPAS 15 SYABAN

PENJELASAN KAJIAN STATUS HADIS LARANGAN BERPUASA SELEPAS 15 SYABAN

Oleh: Abu Ismail [E-mail: acid_fast_stain@yahoo.com]

MATAN HADIS:

TERJEMAHAN HADIS:

"Apabila tiba setengah Syaaban [15 syaban], maka janganlah berpuasa".

TAKHRIJ HADIS:

Hadis ini semuanya diriwayatkan dengan jalan yang sama iaitu, oleh al-Alaa dari Ayahnya dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, ia dikeluarkan oleh antaranya Ahmad dlm Musnadnya [hadis no.9705], at-Tirmizi dlm Jaminya [hadis no. 738], Ibn Majah dlm Sunan [hadis no.1651], al-Baihaqi dlm Sunan al-Kubra [hadis no.7751], Abu Daud dalam Sunannya [hadis no. 2337], Ibn Hibban dalam Sahihnya [hadis no. 3589], AbdulRazzaq dalam Musannaf [hadis no.7325], Darimi dalam Sunannya [hadis no. 1740], an-Nasaie dalam Sunan Kubra [hadis no.2911] dan lain-lain dengan lafaz yg sedikit berbeza [lafaz yg disebutkan diatas adalah lafaz dalam Sunan Abu Daud]

SJ-11-0119 : Majikan halang pekerja bertukar/berhenti?

Assalamu 'alaikum warahmatullah...

Tuan panel fiqh yang dihormati,

Apakah hukum dan pandangan ISLAM terhadap majikan yang menghalang seseorang pekerja utk berubah dari satu jabatan ke jabatan yg lain, atau dari satu anak syarikat ke anak syarikat yang lain? Sedangkan segala keperluan dan syarat pertukaran telah dipenuhi, tinggal sahaja kebenaran majikan tersebut sahaja utk memberi kebenaran.

Adakah ini hak muktamad majikan tersebut? Berdosakah seseorang majikan berbuat begitu, sehingga menyebabkan pekerja tersebut rasa dizalimi?