August 2007

SJ-13-0282 : Perbezaan Maksud

:salam

ya ahli panel, ana nak bertanya pasal maksud bagi potong, cukur cabut.memang dari segi bahasanya paham.tapi dari segi perbuatannya, contoh macam boleh x potong/cukur/cabut bulu kaki..setiap satu membawa maksud yang berbeza.harap ahli panel dapat menerang dengan jelas.syukran.

:wassalam

SJ-08-0048 : Berbuka puasa kerana bekerja di overseas

Assalaamu'alaikum.

Situasi:
-Bekerja di bawah tanah (underground) di Jepun
-Jadual makan dan rehat tidak menentu
-Masih belajar (menjalani latihan praktikal)

Disebabkan perkara di atas, bolehkah seseorang itu untuk berbuka puasa dan qadha pada waktu lain tanpa kaffarah (memilih pendapat tidak perlu kaffarah). Saya rasa boleh, cuma mahu mendapat kepastian. Terima kasih. Wassalam.

SJ-08-0047 : Fidyah Kepada Fakir & Miskin

:salam

Moga kita dirahmati Allah,

Untuk fidyah kerana tinggal puasa yg masih belum diganti adalah satu cupak beras...jika 30 hari tinggal poser...yakni 30 cupak beras

30 cupak tersebut kepada 30 orang fakir miskin atau bleh 30 cupak tu hanya diberi kepada sorang jer fakir dan miskin????

Pohon penjelasan

SJ-05-0234 : tamat waktu maghrib dan isyak

:salam
Saya mushkil mengenai waktu luput solat maghrib dan isyak. Adakah waktu maghrib hanya tamat apabila azan isyak berkumandang dan begitu juga dengan waktu isyak, adakah ia tamat bila azan subuh berkumandang, atau kedua2 waktu itu (maghrib dan isyak) tamat/luput lebih awal sebelum masuk waktu solat yang seterusnya... ::lol:

SJ-10-0056 : Makanan HALAL

Åä ÞæãÇ íÃÊæääÇ ÈÇááÍã ¡ áÇ äÏÑí ÃÐßÑæÇ ÇÓã Çááå Úáíå Ãã áÇ ¿ ÝÞÇá : ÓãæÇ ÃäÊã ¡ Ëã ßáæÇ
"Ada orang yang membawa kepada kami dagng, Tidak tahu pula samada mereka menyebut nama Allah (semasa sembelih) atau tidak? Baginda menjawab : Sebutkanlah pada diri kamu, dan makanlah" [Hadith Riwayat Bukhari #5507].

Di atas adalah hadis yang tuan siarkan dalam lama web ahkam.

Sememngnya saya bersetuju jika ada pengeluar produk halal yang tidak menjaga prosedur yang betul, produk itu masih dikira halal jika tiada penyiasatan dan bukti jelas.

SJ-14-0068 : hadis rahsia potong kuku..

:salam

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "barang siapa yg mengerat kukunya pada: hari sabtu nescaya keluar dari dlm tubuhnya ubta dan masuk kepadanya penyakit.hari ahad nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.....hari jumaat keluar doss-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk rahmat ALLAH.."

saya nak bertnya ttg status hadis ini??dan adakah sunnah yang sabit jika kita memotong kuku pada hari jumaat akan mendapat rahmat??

:wassalam