October 2007

SJ-14-0098 : lagi takhrij hadith.. jzkk

Dari Salman Al-Farisi r.a. berkata, “Rasulullah saw berkhutbah kepada kami di hari akhir dalam bulan Syaaban dengan sabdanya : Wahai manusia! Telah datang kepada kamu bulan yang hebat, bulan yang diberkati, bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan, bulan yang Allah wajibkan berpuasa di siang harinya, menjadikan solat Tarawih sebagai sunat di malamnya. Sesiapa yang bertaqarrub (mendekatkan dirinya kepada Allah) dengan mengerjakan salah satu amalan kebaikan yang fardhu maka Allah menggandakan pahalanya sebanyak 70 kali amalan fardhu di bulan-bulan yang lain.

SJ-05-0288 : Tarawih 1>8 vs 1>4

:salam

Hanya nak kepastian kebenaran tindakan saya. Jemaah tmpt sy buat tarawih 8R n witir 3R.

i) Malam td sy sampai surau lambat n jemaah baru selesai tarawih ke-4. Saya masuk rakaat ke-5 diorang sbg rakaat pertama bg saya. Bila diorang dah 8R, saya baru buat 4R. Pastu yg sy tau, boleh join imam walaupun solat lain jenis, cuma mestilah sama bentuk. So bila diorang buat witir 1n2R, sy stay dlm saff buat tarawih sy 5n6R. Boleh, kan?

SJ-01-0095 : Bidaah atau kita yang tersilap?

Baru baru ni telah dipertengahkan beberapa perkara yang dikatakan bidaah oleh kita, yang mengaku pengiukut salaf...seperti meletakkan tangan di tempat selain dada, solat tarawikh 20 rakaat. Adakah kita perlu mengkaji lebih dalam lagi sebelum dengan pantas kita menuduh amalan amalan umat Islam dengan perkataan bidaah. Kerana tuduhan begini amat berat sekali apabila dilemparkan terutama sekali sekiranya kita yang selama ni telah tersilap.

SJ-05-0282 : solat jumaat td?(urgent!!!)

:salam

td semasa solat jumaat,imam di sini telah membaca qunut psda rakaat kedua.bkn setakat bacaan qunut,malah ditambah dgn doa2 yg lain.

Soalannya:

1. Setahu sy,qunut hanya ada pd solat subuh.Adakah solat jumaat td sah ?

2. Jika tidak, adakah sy perlu sembahyang zohor utk menggantikan solat jumaat td?

Harap dpt penjelasan segera.

TQ.

SJ-01-0094 : Imam syafie mengaku syiah?

:salam

saya ada sket kemusykilan, saya ada pergi ke blog faizal tehrani, baca pasal komen beliau mengenai ucapan presiden iran di universiti columbia, tapi dalam soal jawab dengan pengunjung dia ada menyatakan seperti berikut:

"Lagipun kalau akidahnya diragui, akidah kita pun dalam keraguan kerana Imam Syafie pernah mengaku dia rafidah atau syiah!"

yeke iman syafie mengaku jadi syiah?

harap panel al-ahkam dapat merungkai persoalan ini.

terima kasih.

SJ-11-0125 : Zakat

:salam

Ingin bertanyakan mengenai pembayaran zakat.

1. Jika mengikut negeri Kedah, zakat fitrah adalah berharga RM5 seorang. Adakah syara' membenarkan jika saya membayar lebih dari jumlah tersebut? i.e RM10

2. Adakah dibolehkan membayar zakat fitrah bagi pihak emak saya?

3. Untuk zakat pendapatan. Jika mengikut perkiraan di dalam laman web jabatan zakat kedah, sya tidak diwajibkan untuk membayar disebabkan pendapatan bulanan sy berada dibawah perhitungan nisab. Apakah diterima amalan sya jika tetap ingin mengeluarkan zakat pendapatan secara bulanan?

SJ-09-0014 : Persoalan Haji Bersama Ibu Yng Uzur.

Insyalah, pada tahun ini, saya akan ke Mekah bersama dengan ibu yang sudah agak uzur. So, di sini , saya ada beberapa persoalan.

1-Bagaimanakah saya hendak mengukur ketidakmampuan ibu saya utk melakukan rukun2 haji. Contohnya, tawaf, melontar dan saie. Adakah cukup saya bertanya kepada dia atau memerlukan pengesahaan kesihatan dari pihak Tabung Haji ?

2-Ibu saya agak sukar bergerak kerana keuzuran kaki. Jika di dalam kapal terbang utk mengambil wuduk, bagaimanakah cara yg paling ideal. Menggunakan air botol mineral ? water spray atau bertayammum ?