SJ-05-0282 : solat jumaat td?(urgent!!!)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0282 : solat jumaat td?(urgent!!!)

:salam

td semasa solat jumaat,imam di sini telah membaca qunut psda rakaat kedua.bkn setakat bacaan qunut,malah ditambah dgn doa2 yg lain.

Soalannya:

1. Setahu sy,qunut hanya ada pd solat subuh.Adakah solat jumaat td sah ?

2. Jika tidak, adakah sy perlu sembahyang zohor utk menggantikan solat jumaat td?

Harap dpt penjelasan segera.

TQ.

SJ-05-0282 : solat jumaat td?(urgent!!!)

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Qunut bermaksud sejenis do'a yang dibaca didalam Solat. Qunut didalam solat Subuh atau Solat Fajr adalah merupakan amalan Mazhab Syafie.

Do'a Qunut juga boleh dibaca pada Solat Witir. Terdapat juga Do'a Qunut yang dibaca pada mana-mana Solat wajib, pada rakaat akhirnya setelah bangun dari Ruku' yang dinama QUNUT NAZILAH/NAWAAZIL atau Do'a menyelamatkan dari bencana.[Tashih al-Du’a, Syiekh Bakr Abu Zaid, ms 460]. Tidak ada nas yang melarang Qunut Nazilah dibaca didalam Solat Jumaat, kerana solat ini juga termasuk solat fardu yang diwajibkan keatas umat Islam.

Mengenai do'a-do'a tambahan yang dibaca didalam Qunut Nazilah tersebut, Imam al-Nawawi rh. mengatakan tidak menjadi masalah, kata beliau :-

ÇáÕÍíÍ ÇáãÔåæÑ ÇáÐí ÞØÚ Èå ÇáÌãåæÑ Ãäå áÇ ÊÊÚíä ÈåÇ ( Ãí ÈåÐå ÇáÕíÛÉ ) ¡ Èá íÍÕá Èßá ÏÚÇÁ.
dir="ltr">"Sahih masyhur sebagaimana yang diputuskan oleh jumhur ulama' bahawa tidak ada perkataan yang khusus, malah apa-apa do'a boleh dibaca" [al-Majmu' Sharh al-Muhazzab, 3/497].

Kesimpulannya, Solat Jumaat tadi sah, kerana Qunut yang dlakukan itu adalah Qunut Nazilah yang boleh dibaca pada mana-mana waktu solat wajib, dan merupakan perkara sahih dari sunnah Nabi :saw. Imam boleh menambah lafaz do'a yang sesuai dengan tujuan do'a itu bacakan eg: jahui mala petaka, waba', do'a mengutuk kezaliman Yahudi, do'a terhadap orang zalim dsb. WA.

Sekian, wassalam

Rujuk juga :-

ÇáÏÚÇÁ Èíä ÞäæÊ ÇáæÊÑ æÞäæÊ ÇáäæÇÒá
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528620814

خيرالأمين