SJ-04-0064 : Hukum makan-minum ketika berhadas besar
Submitted by Anonymous (not verified) on Fri, 30/11/2007 - 3:43pm:salam
Apakah hukum makan / minum ketika kita masih lagi dalam keadaan berhadas besar ?
Sekian terima kasih.
Sumber Rujukan Islam Anda..
:salam
Apakah hukum makan / minum ketika kita masih lagi dalam keadaan berhadas besar ?
Sekian terima kasih.
:salam
Daripada Abu Malik al-Asyaari bahawa Rasulullah bersabda maksudnya:
"Apabila seorang hendak masuk ke dalam rumah, hendaklah dia mengatakan:
Ya Allah, aku mohon kepada Engkau sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Engkau kami masuk dan dengan nama Engkau kami keluar, dan kepada Tuhan kami, kami menyerahkan diri, kemudian memberi salam kepada keluarga." - (Riwayat Abu Daud).
jzkk
:salam
adakah sunnah Nabi yg menganjurkan memberi salam samaada dalam rumah itu berpenghuni atau tidak?
jzkk
:wassalam
Seseorang mengunakan wang si mati (harta pusaka) utk melakukan amalan2 kebiasaan seperti berikut:
1. Mengupah org yg solat jenazah ke atas arwah
2. Mengupah org yg membaca al-Quran di kubur
3. Menyediakan makanan utk tahlil hari 1-7, setiap mlm jumaat hingga ke hari 40.
Adakah wang yg telah digunakan utk program2 tersebut 'justified' kerana termasuk di dalam skop pengurusan jenazah atau perlu diganti kerana diluar dari skop. Apakah urusan2 yg diperbolehkan utk mengunakan wang si mati.
Syukran.
Salam Tuan Moderator,
Saya ada sedikit persoalan tentang haji dan umrah. Situasinya adalah berikut " Jika melakukan umrah tiab-tiba dia tidak ikut tertib, sah tak umrahnya?"
Situasi kedua
" Dia dalam keadaan ihram umrah kemudian dia melakukan sesutu yang menyebabkan umrahnya batal seperti menyentuh kain ka'bah ketika tawaf umrah, adakah beliau dikira masih dalam ihram,? sehinggalah beliau mengulang balik niat umrahnya ?
salam,
Boleh tak para panel menerangkan fikrah ikwanul muslimin yang di asaskan oleh Sheikh Hassan Al-Banna rh.?
Kalau disertakan link ke artikel yang berkaitan baik lagi....
Adakah benar dakwaan sesetengah pihak gerakan salafi di malaysia seperti juga gerakan salafi di timur tengah seperti di Yaman dan di indonesia yang berpecah kepada beberapa kelompok lagi dan mengatakan yang berba'iah kepada pemimpin mereka adalah bi'dah?
Boleh jelaskan?
Jazakallahu Khairan
Salam Tuan Haji Kamin, Akhi Thtl dan Moderator lain.
Saya ada satu soalan, tak kisah lah sapa pun jawab, berkenaan puasa nabi daud, buka sehari puasa sehari. Leh ke?
Leh tak kita beranggapan hadis umum yang menyuruh pemuda kawin tapi kalu tak mampu hendaklah puasa, hadis khususnya ialah puasa sunat yang rutin macam senin khamis, 13,14,15 bulan Islam dan puasa SEHARI BUKA SEHARI jika ianya ada nas yang sahih.
Thanks..
:salam
"Allah mengutuk orang yang menyembelih binatang untuk selain Allah, Allah mengutuk orang yang mengutuk dua orang tuanya, Allah mengutuk orang yang membantu orang yang mengadakan bid'ah, Allah mengutuk orang yang mengubah tanda tanda perbatasan tanah."
(Riwayat al-Bukhari, Muslim dan an-Nasai dari Sahabat Ali r.h.)
Saya berharap dapat kiranya disyarahkan Hadith tersebut untuk diambil pengajarannya darinya.
Salam
Saya ada dengar hadis(tak pasti sahih ke) dari seseorang, supaya kita meninggalkan harta pada anak2 supaya mereka tidak meminta2. Tak pasti ini kata2 atau hadis sebab saya tak jumpa full hadis ini. Soalan saya;
1) Adakah wasiat dibenarkan dalam Islam atau sebelum meninggal, kita tak payah buat apa2 utk sistem syariah/faraid itu ambik alih?
2) Katakan saya mempunyai 3 anak perempuan dan isteri yg masih hidup, manakala bila saya meninggal bolehkah harta itu dibahagi samarata pada anak2 atau kalau ikut syariah/faraid maka mcmana pembahagian harta tersebut
Assalamualaikum .
Saya menyimpan wang sebanyak RM6000.00 untuk 5 orang anak, jika cukup setahun, adakah wajib kita keluarkan zakat harta atas simpanan itu?