November 2007

SJ-12-0225 : Hari Baik dan Hari Tidak Baik??

:salam

Saya agak keliru untuk menetapkan tarikh dan hari akad nikah kerana ada sesetengah berpendapat bahawa tarikh-tarikh dalam kalendar Islam seperti 14, 10 dan 2 adalah tarikh yang sesuai, dan hari Khamis malam Jumaat adalah hari yang sesuai atas sebab-sebab tertentu.

Soalan saya: Apakah tarikh dan hari yang sesuai atau tidak sesuai untuk bernikah?

Apakah sebab-sebab tarikh atau hari tersebut sesuai untuk akad nikah? Yang manakah lebih penting, tarikh ataupun hari? Adakah ini disebut di dalam mana-mana hadith?

Terima kasih.

SJ-07-0100 : Mendoakan Ibu Bapa yang bukan Islam

:salam
Boleh tak seorang muslim convert mendoakan ibu bapanya yang non-muslim sebagaiman doa yang termaktub di dalam Al Quran...Rabbighfirli waliwadayya warhum......dan seterusnya.

1) semasa ibu bapa nya masih hidup?

2) Ibu bapanya sudah meninggal dunia?

SJ-07-0099 : hisnul muslim(urgent)

Salam,
Boleh panel huraikan dengan detail maksud yang saya highlighted kat bawah?Sebab pada pemahaman saya kadang-kadang maksudnya kita bersaksi(bersumpah dengan para malaikat dan makhluk NYA)?Sedangkan kita dilarang bersumpah selain daripada bersumpah kepada ALLAH..Betulkan pemahaman saya sekiranya saya silap...Betul ke pemahaman saya dengan maksud bersaksi itu sama dengan maksud bersumpah dalam maksud zikir dibawah?

Barakallahu fik

SJ-15-0018 : penerimaan nas..

:salam

soalan saya berdasarkan dua keadaan di bwh:

1) kita sedia maklum, hanya mazhab syafie berpendapat batalnya wudhu' bila tersentuh wanita tanpa lapik berdasarkan pemahaman para fuqaha' syafie kpd dalil AQ..sedangkan di sana ada hadis nabi cium isteri sebelum solat tanpa berwudhu semula dan bbrp nas dalil sokongan..

2) pembahagian air musta'mal juga berdasarkan pendapat mazhab syafie sedangkan setahu saya ada hadis2 nabi berwudhu' dgn hanya menggunakan bekas kecil dan begitu juga dengan kata2 sahabat yang menerangkan bagaimana nabi berwudhu'..

SJ-12-0224 : Hukum mengandam (Mak Andam Perkahwinan)

As'kum wrb .
1) Apakah hukumnya menjadi Mak Andam , bagi sesuatu majlis perkahwinan ?

2) Tugas pengandam (Wanita) cuma menyolek pengantin perempuan , adakah dikira b'subahat dan bagaimana hukumnya jika :
a) Pengantin perempuan bersanding
b) Pengantin perempuan TIDAK bersanding

3) Bagaimana pula Mak Andam tadi cuma menggunakan alat2 solek untuk menyolekkan pengantin perempuan dan tiada terlibat dgn kerja2 menipiskan bulu kening

SJ-12-0223 : Apa Ada Dengan Dara???!!!!

:salam

Moga dirahmati Allah hendaknya,

Maaf menimbulkan soalan ini...

Dara adalah satu perkataan yg dikaitkan dengan perempuan sunti oleh kaum adam...terutamanya ketika musim kenduri kawin skang nie...

W/pun ada pandangan pakar perubatan mengatakan ia tidak memberi kesan di alam perkahwinan tapi bg adat orang melayu dan kebanyakannya masih mementingkan ke'dara'an wanita...

Persoalan ini diajukan sekadar ingin mendapatkan maklumat dan juga pandangan para ulamak dan fuqaha' mengenai perkara ini dan kepentingan ke'dara'an wanita...

Terima kasih

SJ-10-0074 : telur penyu & doa selepas tasyahhud

:salam

sy ada bbrapa soklan:

1) apakah pandangan paling tepat berkenaan hukum telur penyu sedangkan setau sy penyu haram makan? atau ada konsep mana yang diaplikasi??

2) sunnah utk kite berdoa sebelum salam dalam solat..sekiranya saya xhafal doa yang diajar dalam hadis nabi (doa sebelum salam tu), bolehkah saya berdoa dengan doa2 yang biasa yang saya hafal dlm b.arab??