SJ-06-0059 : Jamak Di rumah?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0059 : Jamak Di rumah?

Salam ustz,

Leh ke tak kita jamak isyak magrib secara takdim jika kita akan bermusafir seawal jam 8 malam. Memandangkan keadaan yang tidak selmat solat di perhentian bas, saya ambil keputusan untuk solat jamak di rumah sahaj?

SJ-06-0059 : Jamak Di rumah?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah.

Melakukan solat secara jama' bukan hanya berlaku kepada orang yang bermusafir sahaja. Apabila wujud kesukaran (musyaqqah), contohnya disini adalah kesukaran untuk menunaikan solat di perhentian bas dan sebagainya, solat boleh dijama'kan.

Didalam kes ini, solat Maghrib dan Isya' dilakukan secara jama' Taqdim dirumah. Maknanya, melakukan 3 rakaat Maghrib dan dikuti dengan 4 rakaat isya'. Solat Isya' TIDAK boleh di QASARkan kerana anda belum melepasi sempadan mukim anda.

Sila lihat perbincangan di URL dibawah ini :-

SJ-06-0027 : Jamak Sahaja
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=29850

Sekian, wassalam

خيرالأمين