SJ-14-0119 : Fiqhul Hadith Laknat Allah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0119 : Fiqhul Hadith Laknat Allah

:salam

"Allah mengutuk orang yang menyembelih binatang untuk selain Allah, Allah mengutuk orang yang mengutuk dua orang tuanya, Allah mengutuk orang yang membantu orang yang mengadakan bid'ah, Allah mengutuk orang yang mengubah tanda tanda perbatasan tanah."

(Riwayat al-Bukhari, Muslim dan an-Nasai dari Sahabat Ali r.h.)

Saya berharap dapat kiranya disyarahkan Hadith tersebut untuk diambil pengajarannya darinya.

SJ-14-0119 : Fiqhul Hadith Laknat Allah

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1- Hadis ini menyebut laknat (kutukan) Allah terhadap orang yang melakukan salah satu perbuatan di atas. Laknat daripada syarak (Allah dan Rasul) bererti perbuatan itu adalah dosa besar.

2- Menyembelih binatang untuk selain Allah, seperti sembelih untuk berhala, para Nabi, untuk Kaabah dan lain-lain. Jika dilakukan dengan tujuan memuliakannya dan bertaabbud kepadanya, maka hukum pelakunya adalah kafir. Kerana ibadah hanya ditujukan kepada Allah sahaja. (Syarah Sahih Muslim; Nawawi 13/141)

3- Mengutuk atau melaknat orang tua juga satu dosa besar dan satu bentuk penderhakaan. Ia berlaku samada secara direct seperti menyumpah2 pada ibu bapa, atau secara sebab musabbab seperti seseorang mengutuk ibu kawannya, lalu kawannya pun mengutuk balik ibunya.

Sebagaimana dalam hadis, Nabi SAW bersabda: "Antara dosa paling besar ialah seseorang melaknat ibu bapanya". Sahabat bertanya: "Bagaimana seseorang itu melaknat ibu bapanya?" Jawab baginda: "Dia mengutuk ayah kawannya, lalu kawannya pun mengutuk ayahnya. Dia mengutuk emak kawannya, lalu kawannya mengutuk balik emaknya". Direkod oleh Bukhari (no: 5628) dan Muslim.

4- Orang yang redha dan akur dengan suatu amalan bidaah yang bersalahan dengan sunnah, atau redha dengan satu bentuk kefasadan juga termasuk dalam mereka yang dilaknat Allah.

5- Mengubah perbatasan tanah kerana mahu menjadikan miliknya adalah satu dosa besar. Dalam hadis lain menyebut "Sesiapa yang mengambil sejengkal tanah secara zalim, akan dipikulkan pada hari kiamat dengan tujuh lapisan bumi". Direkod oleh Bukhari dan Muslim.

Wallahu A'lam.