January 2008

SJ-11-0156 : Fashion Designer penin..

Assalamualaikum...
ustaz..saye ada kemuykilan tentang pereka fesyen nih..

1) Apa hukumnya fashion designer islam membuat baju yg mendedah aurat
kat non muslim??

2) Kalau non muslim tempah baju kat fesyen designer muslim..boleh x kita buat utk dia??(baju yg dia suruh buat tuh dedah aurat jugak)

harap ustaz dapat membantu saye..

SJ-14-0127 : Hadis Sohih Tertolak?

Salam,

Ana ada terbaca di dalam buku Soal-Jawab Agama oleh A.Hassan Bandung mengenai hadis (bukan matan penuh) "Tersiksanya mayat akibat tangisan org yg hidup..." Ianya dikatakan bertentangan dgn Al-Quran.

Soalan:
1. Apakah penerangan lanjut mengenai kes ini?
2. Bolehkah hadis sohih tertolak?
3. Sekiranya ya, berapa banyakkah lg hadis2 tertolak seperti ini?

SJ-12-0243 : Ayat ttg kebenaran pukul isteri dalam Al-Quran

Assalamualaikum Wmt Wkth

Mohon jawaban ahli panel tentang isu ini

Apakah maksud sebenar ayat Al-Quran ( tak ingat surah mane ) yang menyatakan bahawa seorang suami itu dibenarkan memukul isteri. Sebab feminis kata ini bukti penganyaian wanita dan Barat kata ini bukti Islam galak keganasan

Wassalam JZKMMLH

SJ-01-0107 : Di mana Allah

:salam

Ada seorg ustaz ditempat saya menyatakan tidak boleh sama sekali tanya dimana Allah kerana Allah tidak bertempat. dan beliau menyatakn golongan wahabi dengan merujuk kpd Sheikh Abd Aziz bin Baaz yg membolehkannya hanya mentakwil secara zahir hadith yg menceritakan kisah Muawiyah bin Alhakam yg menampar Al-Jariah,Muawiyah berjumpa Nabi S.A.W kerana rasa bersalah dan Nabi S.A.W bertanya kpd Al-jariah di mana Allah. Adakah ini benar?

SJ-13-0371 : Tawanan Perang Wanita Kafir Dalam Islam

Assalamualaikum Wmt Wkt,

Bagaimana mahu menangkis tohmahan golongan feminis bahwa Islam berlaku zalim dalam kes tawanan wanita dalam perang. Ini kerana menurut golongan ini, wanita bukan Islam yang ditawan dijadikan hamba dan boleh disetubuhi. Adakah ini benar?

Mohon penjelasan dari ahli panel

Wassalam JZKMLLH

SJ-07-0113 : Perihal berdo'a

:salam

dah cuba cari threadnya tapi tak dapat:-

1) Difahami bahawa do'a setelah solat memerlukan pujian kepada Allah & selawat ke atas nabi ketika mula dan tutup do'a. Bagaimana pula dengan do'a selepas tashahud akhir (sebelum salam), perlu buka & tutup dgn pujian & selawat juga ke?