January 2008

SJ-01-0105 : urgent!!! mandi bunga?

assalamua'laikum..saya ingin bertanya ttg perubatan tradisional...
seorg wanita yg dipercayai disihir ingin dimandikan atas tujuan utk murah rezeki dan dipermudahkan urusan jodohnya oleh seorg pengamal perubatan tradisional Islam berjantina lelaki..
utk pengetahuan ahli panel wanita ini diberitahu yg jodohnya dan rezekinya(seperti kerja) terhalang disebabkan sihir tersebut
soalan saya bolehkah wanita itu dimandikan oleh lelaki bukan muhrim tersebut atas tujuan perubatan

SJ-08-0089 : ganti puasa dlm tempoh 15hari pusingan haid

assalamualaikum....

thn lepas sy ada qada puasa selama 4hari..tapi masalahnya

camni...sy bg situasinya begini(direka)

datang haid selama 7hari,hari ke 8 telahpun suci..maka sy puasa pada hari ke 8,9,10,11..tapi pada hari ke 12..ade lagi sedikit2 kesan darah haid...sy

adakah saya perlu mengganti 4hari puasa itu semula....
sy tak tau skarang sy perlu bayar fidyah kerana ganti dlm wktu itu..harap dapat membantula

SJ-12-0241 : bila waktu sebenar?

salam..
bile sbenanya kne mndi wajib lps haid??sy selalu keliru dan terpksa mndi smpi 3,4 kali.bile da mndi tu kdg2 mcm masih ade lagi tp sy tak yakin tu haid atau x.mcmmne ngn ibadat sy??klo sy da mndi kemuadia sy solat tp sy masih ragu2..bile mandi kali kedua kne gnti ke solat td?betul ke kwn sy ckp saidatina aisyah kate jgn tergesa2 mndi wajib??kire sy boleh tgglkn sehari utk betul2 yakin??

SJ-06-0062 : Jama' disebabkan kuliah

:salam

setelah mencari dalam al-ahkam.net, saya ada jumpa beberapa topik yg sama kaitannya dengan tajuk yg saya tuliskan itu namun tidak dapat menjawab dengan jelas persoalan yg bermain dalam fikiran saya.

Antaranya topik yg meminta saya ke url ini: soalan ulangan. Sila ke URL berikut: http://al-ahkam.com.my/soaljawab/soaljawab194.htm

Tapi url tersebut sudah tiada.

SJ-03-0095 : Masalah Umum Balwa (najis binatang di masjid)

:salam

Sefaham saya "umum balwa" ialah kelonggaran bila mana sesuatu perkara tu susah dielakkan/kerap berlaku, maka kita mengambil pendirian paling memudahkan.

Katala dalam kes najis burung,tahi cicak selalu jatuh ke atas karpet masjid.

1) Sekiranya kita nampak calitan putih, tidak dapat dipastikan ia cat putih(just in case masjid buat renovation ke) atau najis burung yg sudah kering, adakah kita perlu mencari sof lain? Untuk solat jumaat contohnya lebih payah kerana apabila kita isi saf kosong,most likely kalau nak cari sof lain dah kena isi orang lain.

SJ-11-0153 : Masalah Muamalat mengikut kehendak islam

Salam,
Minta pihak ustaz menerangkan kepada saya berkenaan adakah betul/salah tindakan saya seperti yang akan saya terangkan dibawah di sisi agama islam;
Saya adalah seorang pekerja kontrak disyarikat A dan dihantar bekerja di tempat pelanggan majikan saya untuk melakukan kerja yang telah ditandatangani.

SJ-10-0077 : Roti Bercampur Alkohol

Assalamualaikum wbt

Saya tinggal di Rep. Czech sebagai pelajar di sini. Sejak sekian lama timbul persoalan di kalangan kami berkenaan status sebenar makanan yang mengandungi alkohol. Orang-orang arab di sini yg menjadi "sumber fatwa" sebahagiannya mengatakan halal berdasarkan pendapat sheikh2 tertentu, manakala sebahagian yang lain memang mengharamkan.

Soalan saya, apakah status sebenar makanan seperti roti yang mana di bahagian ingredientnya memang tercatat alcohol secara umum? Sy faham bahawa bukan semua alkohol itu ada lah arak, namun, bagaimana kita membezakannya?